Thursday, February 22, 2018

WACANA DIRAJA : 
RAJA, PERLEMBAGAAN & PATRIOTISME

Titah Tengku Abdullah Al-Haj - setiap sistem pemerintahan di dunia ada kelemahannya. Begitu juga sistem pemerintahan di Malaysia iaitu Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Namun rakyat jangan hanya melihat kelemahan pada sistem Raja Berperlembagaan sahaja. Ianya juga perlu diseimbangkan dengan melihat kelemahan pada sistem Demokrasi Berparlimen yang melibatkan peranan wakil-wakil rakyat.
        




Monday, February 19, 2018

JALAN SESAK SETIAP PAGI HARI BEKERJA DI SIMPANG PANCHING, KUANTAN.

Rutin harian aku terganggu bila terpaksa melalui kesesakan trafik ketika melalui simpang Pancing berhadapan SMK Seri Mahkota hingga ke SK Wira,Kuantan. Berdasarkan pengalaman keadaan ini berlaku sejak sekitar tahun 2006 lagi. Namun seperti tiada tindakan yang mampu diambil dalam masa lebih 10 tahun ini..


Sunday, February 18, 2018

MEMIMPIN 
BACAAN IKRAR IBU BAPA UNTUK MEMBANTU KECEMERLANGAN ANAK DALAM UPSR 2018  - SK WIRA

Saturday, February 17, 2018

JANGAN JADIKAN SAYA SEBAGAI IDOLA TAPI JADIKAN KEJAYAAN SAYA SEBAGAI PENCABAR ANDA - kata SHAHAR ABDULLAH ketika dalam satu program di Kolej Matrikulasi Pahang.

Thursday, February 15, 2018

BODEK boss ok ke? 


Menurut Ustaz Kazim Elias, ada bodek yang baik dan ada bodek yang sebaliknya. Bodek yang baik dengan boss adalah bagi memastikan urusan kerja berjalan dengan lancar sama ada di depan ataupun dibelakang boss(ketua). Contoh dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee  'Labu Labi' - (Forum Perdana Ehwal Islam di TVI RTM)

Saturday, February 10, 2018

'Remaja Hibster' 
BICARA SANTAI TAPI SAMPAI 
Kolej Matrikulasi Pahang
 mendapat sambutan luar biasa


Perkongsian gaya hidup Up to date......terkini
Melibatkan PU Angah sebagai moderator bersama panel Mohd Shahar Abdullah (Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia).Juga turut memeriahkan program kehadiran crew Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang dengan disertai duo buskers dengan lagu 'Kau Ilhamku' dll.

Turut dihadiri tetamu kehormat En Hasanuddin Yahaya(Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang), Pn Fauziah Mohd Ramli(Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas KMPh), En Mohd Azeli Abd Latif (KJ Pengurusan Pelajar KMPh),En Nasrul Isyam Abd Hamid (Ketua Unit K.Dinamika merangkap Penyelaras Program).

Wednesday, February 7, 2018

Gunakan Bahasa Doa (POSITIF) dalam kehidupan seharian 

 Ustaz Hj Shamsul Hj Enche Ismail menyarankan para ibu bapa, guru-guru dan anak-anak pelajar menggunakan bahasa doa iaitu bahasa positif yang biasa digunakan di dalam Al Quran dalam kehidupan seharian bagi membentuk generasi yang hebat. 
Saranan itu terkandung dalam ceramah beliau dalam Majlis Pemuafakatan Ibu bapa Pelajar Tahun 6 SK Wira 2018 .


Sebelum itu terdapat taklimat khas berkaitan Pentaksiran yang disampaikan oleh En Mohamad Isa Harun (Pen. Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN Pahang). Turut hadir En Mohd Razli Mohamed (Guru Besar SK Wira)

Sempat juga bertemu sahabat lama Cikgu Norzilawati, Cikgu Shahanum, Cikgu Masni, Cikgu Dalilah Cikgu Anisah, Cikgu Norlela,Cikgu Fauziah 

Monday, February 5, 2018

SEJARAH ITU PASTI BERULANG

Sempat meninjau sebuah buku yang antara lain menceritakan sejarah yang berlaku dalam dunia ini pasti berulang:

Contoh : Peristiwa kaum zaman Nabi Luth - sejarah berulang kini dengan kewujudan LGBT.

Friday, February 2, 2018

Bagaimana nak berubah jadi baik?.....

1.sentiasa bertaubat nasuha -cepat
2.jangan tinggalkan dakwah-share kebaikan
3.bersyukur 

USTAZ EBIT LEW
Al Kuliyyah TV3
EMPATI : Cuba menyelami tapi jangan sampai tenggelam.

Empati (dari Bahasa Yunani εμπάθεια yang bererti "Tarikan fizikal") ditakrifkan sebagai respons afektif dan kognitif yang kompleks pada distres emosional orang lain. Empati termasuk keupayaan untuk mengesan keadaan emosi orang lain, merasa simpatetik dan mencuba untuk menyelesaikan masalah, dan mengambil perspektif orang lain.

Empati juga merupakan proses kejiwaan seseorang individu larut dalam perasaan orang lain baik suka maupun duka, dan seolah-olah merasakan atupun mengalami apa yang dirasakan atu dialami oleh orang tersebut. Empati merupakan kelanjutan dari sikap simpati.

Maka dalam usaha yang dilakukan untuk menyelami perasaan seseorang yang berkongsi masalah perlu diingat objektif kita adalah untuk membantu. Jangan sampai kita tenggelam iaitu kita telah meletakkan perasaan terlalu kasihan sehingga menyebabkan kita tidak mampu untuk memberikan cara bagi menangani permasalahan yang diceritakan pada kita.