EMPATI : Cuba menyelami tapi jangan sampai tenggelam.
Empati (dari Bahasa Yunani εμπάθεια yang bererti "Tarikan fizikal") ditakrifkan sebagai respons afektif dan kognitif yang kompleks pada distres emosional orang lain. Empati termasuk keupayaan untuk mengesan keadaan emosi orang lain, merasa simpatetik dan mencuba untuk menyelesaikan masalah, dan mengambil perspektif orang lain.
Empati juga merupakan proses kejiwaan seseorang individu larut dalam perasaan orang lain baik suka maupun duka, dan seolah-olah merasakan atupun mengalami apa yang dirasakan atu dialami oleh orang tersebut. Empati merupakan kelanjutan dari sikap simpati.
Maka dalam usaha yang dilakukan untuk menyelami perasaan seseorang yang berkongsi masalah perlu diingat objektif kita adalah untuk membantu. Jangan sampai kita tenggelam iaitu kita telah meletakkan perasaan terlalu kasihan sehingga menyebabkan kita tidak mampu untuk memberikan cara bagi menangani permasalahan yang diceritakan pada kita.
No comments:
Post a Comment