PM BUBAR PARLIMEN UTK PRU 14
7 April 2018 menjadi tarikh penting dalam sejarah negara apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak telah mendapat perkenan daripada YDPA Sultan Muhammad ke V untuk mengumumkan pembubaran parlimen. Maka dengan pembubaran itu untuk memberi ruang diadakan PRU ke 14 seterusnya bagi parti yang menang untuk mendapat mandat memerintah negara untuk 5 tahun berikutnya.
Namun perlu diingat sebagai meningkatkan kefahaman kita terhadap ilmu kenegaraan menjelang keputusan PRU ke 14 ini, badan eksekutif yang sedia ada iaitu Perdana Menteri dan Jemaah Menteri masih bertanggungjawab sebagai kerajaan sementara dalam urusan negara atas perkenan YDPA berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment