Tuesday, May 29, 2018

AKU & ASKAR WATANIAH

PENGENALAN -AW merupakan salah satu pasukan di dalam Angkatan Sukarela Persekutuan yang berfungsi sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat (TD). Terdapat pelbagai Rejimen dan Kor dalam AW yang mempunyai peranan dan tugas tersendiri. Pasukan-pasukan AW diletakkan di bawah pentadbiran Briged setempat dan di bawah kawalan teknikal Bahagian Pasukan Simpanan (BPS). 
Pasukan-pasukan AW telah diorganisasikan dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:
a. Elemen Tempur
b. Elemen Bantuan Tempur
c. Elemen Bantuan Perkhidmatan
d. Elemen Pakar
e. Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).
Orang ramai yang menepati kelayakan-kelayakan asas berpeluang memilih mana-mana pasukan untuk berkhidmat terutama pasukan yang berdekatan dengan tempat tinggal. (sumber:min-def@blogspot)

Kerana minat dengan unit beruniform aku pernah terlibat dengan menyertai Pasukan AW Kor Kesihatan DiRaja (14 Kompeni Perubatan)) yang berpengkalan di Kem Batu 10 Kuantan. Aku memakai nombor 6100615. Banyak siri latihan yang aku ikuti antaranya latihan menembak, latihan kawad, latihan melebihi 10 jam, latihan jalan lasak, kursus CPR, latihan khemah tahunan, perbarisan hari ulangtahun. Pengalaman yang aku kutip itu begitu berharga dan kenangan manisnya masih segar diingatan sehingga kehari ini walaupun aku tidak aktif lagi dalam pasukan AW.
Yang tinggal hanya BAT C 20, medal , uniform dan barangan lain yang aku simpan tanda kenangan bahawa aku dulu adalah anggota ASKAR WATANIAH.

Saturday, May 26, 2018

BAZAAR RAMADHAN : Antara keperluan @ nafsu



Di sana sini di seluruh negara pasti terdapat bazaar ramadhan yang menjadi tumpuan masyarakat Malaysia terutamanya orang Islam bagi membeli juadah berbuka puasa. Pelik rasanya jika satu-satu kawasan tiada bazaar ramadhan. Inilah peluang pada peniaga yang muncul setahun sekali untuk mencari rezeki menjelang Aidilfitri.



Dalam sibuk kita berbelanja itu jangan pula sampai kita membazir. Pastikan setiap sen yang kita belanjakan itu mengikut keperluan diri dan keluarga. Jangan pula ke tong sampah sudahnya. Biar tak cukup daripada kita terus mengamalkan sikap suka membazir. Jadikan Ramadhan pesta ibadah bukannya pesta makanan. 

INGATAN MESRA DRP cikguamat71@blogspot

LIGA M 2018 
diteruskan di bulan puasa

Liga M tetap rancak meskipun setiap pasukan akan mengharungi lima perlawanan sepanjang Ramadan bermula 22 Mei hingga 10 Jun ini.   
Ini bukan kali pertama pemain terpaksa bermain lewat dengan sepak mula jam 10 malam dan sokongan penyokong juga tidak terjejas andai setiap pasukan mempamerkan aksi berkualiti.

Para pemain juga ada pengalaman bermain di bulan puasa. Dua tahun lalu liga tetap berjalan ketika Ramadan, jadi tak ada masalah. Yang paling penting setiap pemain perlu menjaga pemakanan bagi memastikan stamina mereka dalam keadaan terbaik.  

Tuesday, May 22, 2018

MENYUMBANG UNTUK 
SAUDARAKU DI BUMI GAZA 
MELALUI AMAN PALESTIN 

Dalam kita mewah berbelanja di negara kita jangan kita lupa saudara kita yang susah di bumi Gaza. Marilah bersama kita menyumbang bagi mengurangkan penderitaan mereka.Hubungi Pejabat Aman Palestin di setiap negeri.

Saturday, May 19, 2018

 PIMPINAN CONTOH:
 KHALIFAH UMAR ABD AZIZ

Setelah dilantik:
Setelah itu dia lalu menyuruh semua orang untuk bertakwa, untuk tidak menyukai dunia dan menyukai akhirat, kemudian berkata, “Wahai manusia! Barang siapa mentaati Allah, wajib ditaati, siapa yang mendurhakai-Nya tidak boleh ditaati oleh seorang pun. Wahai manusia! Taatilah saya selama saya mentaati Allah dalam memerintahmu dan jika saya mendurhakai-Nya tidak ada seorang pun yang boleh mentaati saya.” Lalu dia turun dari mimbar.

Setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feudal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) Merampas kembali harta-harta yang disalah-gunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalah-gunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Wednesday, May 16, 2018

MALAYAN BANKNOTES FAIR 
KUANTAN 2018

Bertempat di Berjaya Megamall Kuantan bermula 11 hingga 13 Mei 2018 yang lalu. Memberi ruang kepada peminat dan pengumpul duit lama, setem, FDC, aksesori koleksi dan barangan antik sekitar Pahang untuk melihat dan menambah koleksi.


Sempat berkunjung 2 kali. Kali pertama bersama sahabatku Nasrul Isyam Abd Hamid @ Cikgu Atan.Banyak juga Cikgu Atan membeli aksesori. Sempat juga berkongsi pengalaman dan info bersama sifu2 numismatik.

 Namun malam terakhir aku datang lagi bersama keluarga untuk membeli bagi menambah koleksi filateliku. Tumpuan aku kali ini lebih kepada untuk mendapatkan setem era Malaya@ Persekutuan Tanah Melayu. Kongsi minat bersama isteri yang begitu teruja memilih.
SIAPA ITU 
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD?



KRONOLOGI KEHIDUPAN
1925: 20 Disember – Dilahirkan di Alor Star, Kedah, dan merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik.
1931: Bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak
1933: Bersekolah di sekolah Inggeris yang kemudiannya bertukar nama ke Kolej Sultan Abdul Hamid
1942 - 1945: Pendidikannya tergendala akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Beliau berhenti sekolah untuk menjual makanan di Pekan Rabu untuk membantu keluarga.
1945: Mula aktif dalam arena politik dengan menyertai pelbagai organisasi politik seperti Kesatuan Melayu Kedah, Saberkas, dan UMNO, dan tegas menentang Malayan Union
1947: Beliau mendapat tempat di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan
1953: Lulus sebagai doktor dan berkhidmat di Hospital Besar Alor Setar
1956: Berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohd Ali
1957: Berhenti dari kerajaan untuk menubuhkan klinik swasta, Klinik Maha, di Alor Setar
1964: Bertanding sebagai ahli politik pada kali pertama di Kota Setar Selatan dan menang
1965: Dipilih menjadi salah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO 
1969: Kalah dalam pilihanraya 1969 kepada wakil PAS
1969: Berikutan rusuhan kaum 13 Mei, beliau menulis surat mengkritik Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman, dan dipecat keahlian dari UMNO 
1970: Menulis “The Malay Dilemma” 
1970: Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, dan Tun Abdul Razak Hussein, menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua
1972: Tun Mahathir diterima kembali sebagai ahli UMNO, dan dilantik sebagai Senator 
1974: Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu tanpa bertanding, dan dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia
1976: 5 Mac – Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn, dan juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian 
1981: 28 Jun Dipilih sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding pada Perhimpunan Agung UMNO ke-32.
1981: 16 Julai – Dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri keempat ketika berusia 55 tahun 7 bulan.
1987: 24 April- Dipilih semula sebagai Presiden UMNO selepas menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi pada pemilihan UMNO
1995: 4 Mei – Kekal sebagai Perdana Menteri selepas memenangi Pilihan Raya Umum
1998: 7 September – Memegang portfolio Menteri Kewangan selepas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disingkirkan dari UMNO dan dilucutkan jawatan-jawatan kerajaan 
1999: 8 Januari – Mengumumkan perlantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
2002: 21 Jun – Mengumumkan hasrat meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan ketika Perhimpunan Agung UMNO.
2003: 31 Oktober – Bersara dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri
2009: 3 April - Dato' Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6
2016: Meninggalkan UMNO kerana tidak setuju dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak 
2016: Menubuhkan parti politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kemudiannya menyertai gabungan pembangkan, Pakatan Harapan 
2017: Menyertai politik sebagai Ketua Pembangkang
2018: Mengisytiharkan pencalonan bagi kerusi parlimen Langkawi untuk Pilihanraya Umum ke-14
2018: Memenangi Pilihanraya Malaysia ke-14 dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7

sumber:http://www.perdana.org.my
PM MALAYSIA KE 7

TUN Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, 9.56 malam 10 Mei 2018.
Tun Mahathir, 92, yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981.
Sultan Muhammad V sudah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.
Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam, Pakatan Harapan (PH) memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.
SUMBER:HMETRO

Wednesday, May 9, 2018

Tuesday, May 8, 2018

NOSTALGIA 4 FEBRUARI 2012

Disember 1995 hingga Disember 1999 aku ditempatkan untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Jaya Gading, Kuantan. Namun pada 4 Februari 2012 kembali ke SKJG sebagai wakil Pegawai PPD Kuantan Tn Hj Karim Man untuk merasmikan Mesyuarat Agong PIBG. Teruja......


Ketibaan disambut oleh En Abd Razak, YDP PIBG SKJG yang juga warisku.


Berucap dihadapan ibu bapa yang kebanyakkannya memang aku kenali. 
Maklumlah orang kampung kita.


Banyak ilmu yang aku  kutip ketika mula bergelar sebagai seorang pendidik di SKJG. Sehingga hari itu ramai lagi sahabat lama yang masih setia menabur bakti di situ. TERIMA KASIH SKJG.

SEJARAH ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR (JMF)

Askar Timbalan Setia atau rasminya Askar Timbalan Setia Negeri Johor ialah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Temenggung Johor ke-2), Sultan bagi jajahan takluk Johor Darul Ta'zim. Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Kerajaan Great Britain; Ratu Victoria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di negeri Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor.

Johor ialah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.
Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1885 dengan kompeni percubaan 60 anak Melayu Johor dan 20 orang askar Punjabi. Anggota Melayu dilatih sebagai askar Infantri sementara anggota Punjabi dilatih sebagai anggota pasukan artileri. Seorang pegawai tentera Inggeris bernama Kapten Newland dilantik sebagai pemerintah pasukan. Orang Melayu yang pertama sekali diberikan tauliah sebagai pegawai ialah Kapten Daud bin Sulaiman. Askar Timbalan Setia Negeri telah diberi panji-panji DiRaja pada 11 Mei 1916.

Monday, May 7, 2018

7 MEI HARI HOL : 44 TAHUN KEMANGKATAN

Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuazzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah


Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Shah adalah Sultan Pahang moden ke-4. Baginda diputerakan pada hari Ahad, 29 Mei 1904 Masihi bersamaan 14 Rabitul Awal 1322 Hijrah. Baginda merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Abdullah dengan Che Kalsum Binti Abdullah.


Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri kepada Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah, di Kuala Kangsar, Perak.
Pada 4 Jun 1930, Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah berkenan melantik Tengku Abu Bakar Ibni Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah sebagai Tengku Mahkota Pahang.
Baginda merupakan putera raja yang pertama dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dalam sejarah Kesultanan Pahang.
Berikutan kemangkatan ayahanda baginda, baginda menaiki takhta Kerajaan negeri Pahang pada 24 Jun 1932. Baginda kemudiaannya ditabalkan sebagai Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada hari Ahad, 28 Mei 1933 di Istana Pantai, Pekan. Pada waktu itu, usia baginda baru mencecah 28 tahun dan baginda merupakan Sultan Pemerintah yang paling muda di kalangan Raja-Raja Tanah Melayu pada ketika itu
Sebagai seorang Raja Pemerintah yang sangat prihatin atas segala hal ehwal berkaitan perkembangan agama Islam di Negeri Pahang, baginda telah mengambil beberapa langkah untuk kemajuan dan kebangkitan agama. Di antaranya, pada Mac 1950 menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, menghidupkan kembali jawatan Mufti kerajaan kepada jawatan Kadi Besar serta mewujudkan sebuah Sekolah Arab Tinggi dengan nama Kuliah Al-Lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar Pahang dalam tahun 1941.
Baginda merupakan seorang Raja pencetus kemodenan atau pembawa arus perubahan di dalam sejarah Negeri Pahang moden. Banyak adat-adat yang tidak bersesuaian pada masa itu ditinggalkan. Baginda mengikut dan bergerak menurut masa dari segi pemikiran, pemerintahan dan memimpin rakyat.
Baginda mangkat pada 7 Mei 1974 di Istana Kecil, Pekan setelah memerintah negeri Pahang selama 42 tahun, dan digantikan oleh putera baginda Sultan Ahmad Shah.



Sejarah tercipta:Ajis Sitin Ketua Pengarah Jakoa

BERA 1 Mei 2018 - Masyarakat Orang Asli hari ini melakar sejarah dengan perlantikan Ajis Sitin daripada suku kaum Semai  sebagai Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang baharu berkuat kuasa esok.

Sunday, May 6, 2018

Anti-berita Tidak Benar 2018

Persidangan Dewan Rakyat meluluskan RUU Anti-berita Tidak Benar 2018, yang menunjukkan keseriusan kerajaan menangani masalah penyebaran berita tidak benar dalam perkembangan teknologi moden. Akta terbabit diwartakan susulan perkenan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.  

Pindaan pada Fasal 4 telah dibuat bagi menggantikan perkataan ”diketahuinya” dengan perkataan ”niat jahat”.
Pindaan itu juga melibatkan pengurangan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada 6 tahun dalam Fasal 5. Akta ini memperuntukkan denda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun.
RUU itu mentafsirkan berita tidak benar sebagai apa-apa jenis penerbitan berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagian atau keseluruhannya, dalam apa-apa bentuk termasuk rencana, visual atau rakaman audio, adalah palsu.