Anti-berita Tidak Benar 2018
Persidangan Dewan Rakyat meluluskan RUU Anti-berita Tidak Benar 2018, yang menunjukkan keseriusan kerajaan menangani masalah penyebaran berita tidak benar dalam perkembangan teknologi moden. Akta terbabit diwartakan susulan perkenan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Pindaan pada Fasal 4 telah dibuat bagi menggantikan perkataan ”diketahuinya” dengan perkataan ”niat jahat”.
Pindaan itu juga melibatkan pengurangan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada 6 tahun dalam Fasal 5. Akta ini memperuntukkan denda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun.
RUU itu mentafsirkan berita tidak benar sebagai apa-apa jenis penerbitan berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagian atau keseluruhannya, dalam apa-apa bentuk termasuk rencana, visual atau rakaman audio, adalah palsu.
No comments:
Post a Comment