GABENOR BNM YANG BARU
Ucapan tahniah kepada Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),Datuk Nor
Shamsiah Mohd Yunus yang telah dilantik sebagai Gabenor Bank
Negara Malaysia yang baharu dari 1 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2023.
Wednesday, June 27, 2018
Sunday, June 24, 2018
Wednesday, June 13, 2018
WARGA KOTA MULA KEMBALI KE DESA UNTUK AIDILFITRI 2018
Menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang berbaki beberapa hari lagi, kebanyakan warga kota khususnya telah mengatur perjalanan untuk pulang ke kampung masing-masing.
Harapan penulis agar risiko kemalangan di jalan raya dapat diatasi sepanjang musim perayaan ini dengan pemanduan yang berhemah kerana masing-masing mahu pulang bertemu keluarga tersayang untuk meraikan hari yang gembira.
Friday, June 8, 2018
Monday, June 4, 2018
AMANAH ITU BERAT
Amanah sangat berat. Apatah lagi amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Hatta tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Akan tetapi, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga ramai manusia yang masuk ke neraka kerana gagal menyempurnakan amanah.
Kadang-kadang, amanah juga menyebabkan mata terpaksa bersengkang, amanah menyebabkan jasad kepenatan. Amanah menyebabkan siangnya seperti malam dan malamnya seperti siang. Allahu Akbar. Beratnya amanah.
Sesungguhnya, tatkala amanah yang dipikul berjaya disempurnakan, ibarat diri keluar dari bilik yang sempit ke padang yang terbentang luas.
Sunday, June 3, 2018
PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMU DUGA : DOKUMEN
* Resume
* Kad Pengenalan
* Sijil Kelahiran
* Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
* Sijil Berhenti Sekolah
* Sijil SPM asal
* Sijil STPM asal (jika ada)
* Diploma asal (jika ada)
* Transkrip diploma asal (jika ada)
* Ijazah sarjana muda asal.
* Transkrip sarjana muda asal.
* Ijazah sarjana asal (jika ada)
* Ijazah sarjana asal (jika ada)
* Transkrip sarjana asal (jika ada)
* Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negar
* Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti
* Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
(Sijil akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak perlu bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 sahaja)
Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga.
Pastikan juga sediakan salinan jika diminta oleh pihak yang berkenaan. Setiap salinan perlu disahkan oleh pihak yang berkelayakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)