Monday, June 4, 2018

AMANAH ITU BERAT

Amanah sangat berat. Apatah lagi amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Hatta tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Akan tetapi, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga ramai manusia yang masuk ke neraka kerana gagal menyempurnakan amanah.  

Kadang-kadang, amanah juga menyebabkan mata terpaksa bersengkang, amanah menyebabkan jasad kepenatan. Amanah menyebabkan siangnya seperti malam dan malamnya seperti siang. Allahu Akbar. Beratnya amanah. 

Sesungguhnya, tatkala amanah yang dipikul berjaya disempurnakan, ibarat diri keluar dari bilik yang sempit ke padang yang terbentang luas.

No comments:

Post a Comment