Monday, November 23, 2015

setem unik

Sehingga kini masih belum ditemui. Keunikannya membuatkan saya teruja untuk mendapatkannya walaupun satu.

Friday, November 20, 2015

Thursday, November 19, 2015

ulang tahun ke-175  
setem 'Penny Black'


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (kiri) bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (kanan) melihat pameran mengenai setem 'Penny Black', yang merupakan setem berpelekat pertama di dunia yang digunakan dalam pos awam, bersempena ulang tahun ke-175 setem itu, di Muzium Setem 

Wednesday, November 18, 2015


KOLEKSI cikguamat71@blogspot.my
 SYILING ULANGTAHUN 
KE 25 KEMERDEKAAN NEGARA

Syiling RM 1.00
Tunku Abdul Rahman Putra Malaysia (depan)
25 tahun Merdeka (belakang)
1957-1982


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 SETEM SEJARAH HARI KEMERDEKAAN NEGARA


Hingga ke saat ini saya masih lagi belum bertemu dengan setem ini. Hajat hati sememangnya hendak memiliki setem @ pun FDC. Setakat ini hanya dapat melihat di dalam internet.

Tuesday, November 17, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

KOLEKSI cikguamat71@blogspot.my
 MENGIMBAU KEMBALI ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN

detik waktu yang amat memeritkan bagi insan-insan yang berada dalam zaman tersebut....1941 hingga 1945....makan ubi kayu..... itu cerita lama yang selalu sangat saya dengar dari mulut arwah ayah dan ibu semasa aku masih kecil....di samping itu anak-anak dara atau orang perempuan juga perlu berhati-hati atau lebih baik sembunyi daripada bertembung dengan tentera Jepun.....Perang Dunia ke 2
 
mata wang yang digunakan zaman tersebut (duit pokok pisang)

Monday, November 16, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

SETEM 
Pelancaran Penerbangan MAS 
ke Los Angeles 
31 Julai 1986
 
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 ISLAMOFOBIA 
14 November 2015
Darah di Paris

tiba-tiba....
bunyi bingit senjata
manusia rebah ke bumi
entah apa dosa

mungkinkah Islam dilabel semula
ganas...
ganas...
ganas...

apalah dosa Islam itu
hingga  bila
yang silap percaturan
si ekstrimis
yang sangka boleh selesai segalanya
tapi bukan itu caranya 

jangan teruskan dunia berkata
ISLAMOFOBIA

11.20 pagi : 16 Nov 2015
KUANTAN

Sunday, November 15, 2015

CHONG WEI ROBOH TEMBOK BESAR CHINA: Menang Badminton Terbuka China 2015

 

Pemain berusia 33 tahun itu memenangi gelaran Terbuka China buat kali pertama dengan penuh bergaya, mengenepikan pilihan utama dari China, Chen Long  21-15, 21-11 dalam saingan akhir perseorangan lelaki dalam masa 50 minit di Fuzhou, Ahad.

Sebelum itu beliau turut mengenepikan seteru utamanya iaitu Lin Dan di peringkat separuh akhir. Kemenangan ini bertambah manis kerana berjaya menewaskan kedua-dua jagoan Tembok Besar China di Negara mereka sendiri.



Tahniah...CHONG WEI

Saturday, November 14, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 JIKA BERLAKU MANUSIA TIDAK AKAN MAMPU MENAHANNYA....

Tanah Runtuh berlaku Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada petang 11 November 2015 sehingga laluan utama ke Pantai Timur ini tidak boleh dilalui pengguna jalan raya di kedua-dua hala akibat tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 52.4.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Bagaimanapun, jabatan itu melaporkan, 5 kenderaan termasuk sebuah treler, terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu, namun 9 orang di dalam kenderaan tersebut berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian lagi.



Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia, pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke Persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke Persimpangan Genting Sempah.

Thursday, November 12, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 
SK WIRA DALAM INGATAN


Peristiwa sepanjang 2006 hingga 2010 selama saya menabur bakti di sini. Bermula dengan Cikgu M.Helmi Zakaria sebagai guru besar. Diikuti Cikgu Azizah dan Cikgu Norahana.




بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

 NOSTALGIA USA3




Teringat masa mula mendaftar diri ke Tingkatan 6 di Sek Men Sultan Abu Bakar Kuantan. Sekolah yang sememangnya gah namanya di daerah Kuantan mahupun di Negeri Pahang. Maklumlah saya ketika itu seorang pelajar dari keluarga kampung dan hanya belajar di sekolah pinggir bandar. Saya merasakan satu kejutan budaya apabila bergaul dengan rakan-rakan dari sekolah di bandar. Tengok orang lain semuanya hebat-hebat belaka. Saya rasa begitu rendah diri sehingga terdetik untuk saya berhenti daripada tingkatan enam.

Namun segalanya berjaya diatasi berkat dorongan arwah ibu. Hinggalah kini hasil sijil STPM itulah aku mendapat peluang menjadi seorang pendidik.


 

 

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 NASRUL ISYAM ABDUL HAMID : PEMIMPIN DALAM PEMBIKINAN

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang turut merasai susah payah dan perit jerih di peringkat akar umbi . Mengenali sahabat ini sememangnya seorang anak muda yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin dengan penglibatannya bersama masyarakat bukan sahaja di sekitar Kuantan, Negeri Pahang mahupun di peringkat kebangsaan.


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

 KARNIVAL CINTA MASJID - MASJID AL BUKHORI NURUL AMAN ,
 TMN SRI MAHKOTA AMAN KUANTAN

JOM KITA LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI. MOGA SEGALA PENGISIANNYA DAPAT LEBIH MENDEKATKAN KITA LAGI KEPADA ALLAH S.W.T. IN SHA ALLAH



Wednesday, November 11, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 WANG KERTAS RM1 MALAYSIA


RM1 siri pertama Malaysia, dikeluarkan tahun 1967 - 1972 dengan tandatangan Gabenor Tun Ismail Md Ali dengan ejaan lama DI-PERLAKUKAN dan GABENOR.


RM1 siri ke 2 keluaran tahun 1972 - 1976 dengan perubahan ejaan DIPERLAKUKAN dan GABENOR.

RM1 siri ke 3 dengan perubahan bahagian sudut bawah sebelah kiri. Masih lagi menggunakan Tandatangan Tun ismail Md Ali.


RM1 siri ke 4, sama dengan siri ke 3 tetapi dengan tandatangan Gabenor Tan Sri Dato' Aziz Taha


RM1 siri ke 5 dengan reka bentuk baru masih mengekalkan potret Yang Dipertuan Agong yang pertama tetapi bahagian belakang memaparkan monumen bersejarah di malaysia iaitu Tugu Peringatan Negara. Masih lagi dicetak oleh Bradbury and Wilkinson. Ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Dato' Aziz Taha.

RM1 Siri ke 5 tetapi dicetak oleh Thomas De La Rue.

RM1 siri ke 6 dikeluarkan tahun 1986 - 1987 dengan tandatangan Gebenor Tan Sri Jaffar Husin mengekalkan reka bentuk yang sama dengan siri ke 5.

RM1 Siri ke 7 yang dikeluarkan tahun 2000 dengan siri no. CR72xxxxx yang amat sedikit kerana persaraan Gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. Masih lagi menggunakan potret Yang Dipertuan Agong yang pertama tetapi dengan reka bentuk yang berlainan.



RM1 siri ke 8 dikeluarkan tahun 2000 dengan tandatangan Gabenor Zeti Akhtar Aziz.
 



بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 Just For Muslim (Tazkirah)


USTAZ ISMAIL B JUSOH
Actions
To:
 All warga kmph 
Friday, October 16, 2015 7:55 AM

Daripada Abu Qotadah ra , katanya , saya mendengar Rasullullah saw bersabda, , “Sesiapa yang menyenangkan hatinya, Allah  menyelamatkannya dari beberapa kesusahan pada hari kiamat, maka hendaklah ia memberi waktu untuk mengembalikan hutang kepada orang yang di dalam kekurangan (kesusahan), orang-orang miskin atau melupuskan kesemua hutangnya itu”.  (Muslim)

Pengajaran Hadis

1. Orang yang menolong dan melepaskan kesusahan orang lain sama ada dari segi hutang dan sebagainya nescaya Allah akan melepaskan dosanya di akhirat nanti.
2. Orang yang menolong orang lain walau dalam bentuk apa sekalipun merupakan sifat yang mulia dan mendapat balasan baik daripada Allah sama ada di dunia atau akhirat.
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 SASTERAWAN NEGARA 
Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia. Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981 hasil gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di negara kita.
 
Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemenang akan menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai kemudahan menjalani kehidupan dan berkarya. Sejak tahun 2003, nilai hadiah ini telah ditambah menjadi RM60,000 di samping kemudahan menerbitkan karya sehingga mencecah RM500,000.

Senarai penerima anugerah Sasterawan Negara Malaysia

  1. 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
  2. 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
  3. 1983 : Datuk (Dr.) Usman Awang
  4. 1985 : Datuk (Dr.) A. Samad Said
  5. 1987 : (Dr.) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
  6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
  7. 1993 : Datuk Noordin Hassan
  8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
  9. 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
  10. 2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
  11. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
  12. 2013 : Datuk Baha Zain
  13. 2015 : Datuk Dr. Zurinah Hassan

Tuesday, November 10, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

MILIK SIAPAKAH HATI INI?

hari-hari sederap 
bersama waktu 
adakala gembira
adakala duka
milik siapa hati ini?

dalam pencarian
mungkin ada yang ditemui
gagal juga barang pasti

tak mampu
beri tafsiran sebuah mimpi
yang datang
belum pasti yang ditemui

milik siapakah hati ini?
berserah diri
terkadang terlupa
dalam bicara 
dalam mengata

hanya Yang Esa
memimpin hati ke jalan lurus 
walau tersasar
namun mesti kembali 

8.00 pm - 10.11.2015
KMPh
 KENANGAN 
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU SESI 2015/2016 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2015

Program tahunan ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang masalah besar dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk Pengurusan Tertinggi, staf akademik, staf sokongan, para pelajar dan ibu bapa.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

PROGRAM JELAJAH PPPM 2013-2025 KPT
DI ZENITH HOTEL KUANTAN BERSAMA 
DATO' SRI IDRIS JUSOH MENTERI PENGAJIAN TINGGI






Sunday, November 8, 2015

AKU DAN kehidupan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
hitungan hari memakan usia
dalam langkahan semakin perlahan
terokai hidup
ranjau duka menggamit
melihat cahaya mata semakin remaja
melihat sang peneman setia bersama

sebuah kehidupan
masih gagal ku selusuri
ke mana arahnya
ke kanan belum tentu bahagia
ke kiri janji belum tentu terlaksana
ke hadapan gelora 
ke belakang sang saksi segala

aku masih ada Nya
yang tahu bila
yang tahu mengapa
yang tahu kenapa
demi menghurai sebuah langkah
kehidupan di dunia bukan akhirnya
kita jumpa di sana

aku dan kehidupan
layari atas kehendak kematangan insan

  
08.55 pagi - 08 NOV 2015 
KuANTAN

Friday, November 6, 2015


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

SUNGAI LEMBING
TEMPAT WAJIB DILAWATI JIKA KE KUANTAN



Pekan Sungai Lembing sebuah lagi destinasi pelancongan yang seharusnya dikunjungi. Kawasan penuh dengan sejarah kerana di sinilah pernah terlretaknya sebuah lombong bijih timah yang terdalam di dunia. Hingga kini kesan peninggalan sejarah tersebut masih dapat jika saksikan jika berkunjung ke sini



Saya dan keluarga boleh dikatakan setiap tahun akan meluangkan masa bersama berkunjung ke sini bagi menikmati suasana kehijauan pepohonan hutan, bukit-bukau, unggas yang amat menenangkan.








 
Image result for sungai lembing tempat menarik