Thursday, November 5, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
AKTIVITI LASAK DI KEM CAHAYA GEMILANG PLKN CERATING 
2015

Dah hampir 21 tahun tidak mengikuti aktiviti-aktiviti lasak maka peluang yang ditawarkan oleh sahabat ke satu program di Cherating, Pahang begitu mengujakan. Aktiviti night walk dijalankan bermula jam 9 malam dan berakhir pada jam 2.30 pagi. Pengalaman yang cukup penat dengan melalui laluan hutan yang gelap gelita. Kami dilepaskan secara bersendirian dan hanya tali yang diikat pada pokok menjadi panduan untuk kami terus melangkah.Namun semua itu memberi seribu pengalaman dari segi ketahanan fizikal dan mental. Yang penting muhasabah diri yang kita ini seharusnya bersyukur dengan pelbagai kenimatan yang telah tuhan berikan.

Aktiviti flying fox di sebuah menara yang tertinggi di kalangan kem-kem PLKN Malaysia begitu mencabar sekali. Menara setinggi bangunan 5 tingkat. Kali terakhir saya melakukan aktiviti ini sekitar tahun 1994 semasa menuntut di maktab perguruan. Tapi foto tidak begitu banyak kerana terlalu asyik dengan aktiviti. Hanya satu ini yang dapat dikongsikan dan dibuat kenang-kenangan.

bersama En Abd Halim Mat Desa yang membantu bagi penggunaan peralatan sebelum aktiviti flying fox diadakan

    

No comments:

Post a Comment