Tuesday, November 29, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

MUZIUM KEMAMAN - INFO SEJARAH UNTUK GENERASI BARU DAN LAMA



Tuesday, November 22, 2016


 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

TAKLIMAT 
MEMBUDAYAKAN ISO MS ISO 9001:2008 UNTUK WARGA BARU 
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2016


Sempena kemasukan beberapa orang staf baru pihak kolej telah melaksanakan satu taklimat ISO MS ISO 9001:2008. Saya telah diamanahkan untuk menyampaikan satu slot dalam sesi taklimat tersebut bagi berkongsi maklumat dan pengalaman. Semoga apa yang telah disampaikan akan dapat memberi ilmu yang bermanafaat buat semua peserta yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan sokongan. Turut hadir bersama adalah En Hasanuddin Yahaya, Timbalan Pengarah KMPh, Pn Norhaida Yahaya, Penyelaras ISO KMPh dan Pn Nor Ezah Jamaluddin, Ketua Audit Dalam KMPh.




Monday, November 21, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

BERUSAHA.. NAMUN ALLAH PENYEMBUHKU

Karya Ustaz Sharhan Shafie ini menjelaskan dalam menghadapi sebarang masalah kehidupan seharian, wahyu-wahyu Allah swt yang cukup hebat merupakan ubat kepada kita hambanya. Tiada tempat lain untuk kita mengadu selain daripada Allah swt. Jangan mengambil jalan pintas dengan menggunakan kaedah bomoh. Di dalam buku ini banyak diberikan ayat-ayat Al Quran yang sesuai untuk diamalkan bagi mengatasi sebarang permasalahan yang semuanya merupakan ujian.




Tuesday, November 15, 2016


TERIMA KASIH GPMS

Cenderahati daripada GPMS Pahang sempena Program Bicara Kenegaraan 22 Oktober 2016 lalu di Kolej Yayasan Pahang. Sebuah karya yang ditulis berdasarkan pengalaman hidup yang juga turut dimuatkan dalam blog si penulis. Bahan bacaan yang dapat memberi nilai tambah dalam pengalaman hidup.




Monday, November 14, 2016

Friday, November 11, 2016

POSTER 
KELUARAN BAHAN FILATELI 
POS MALAYSIA 2016

Bagi peminat bahan filateli pastinya poster-poster ini ditunggu-tunggu bagi mereka mendapatkan pelbagai bahan filateli keluaran POS Malaysia seperti setem khas, sampul surat hari pertama (FDC), folder dan miniature. Maka pejabat pos merupakan lokasi wajib untuk membeli bahan tersebut. Sesungguhnya hanya 'JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM'



 

 

 

Tuesday, November 8, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

TELUK CHEMPEDAK : 
LOKASI ISTIMEWA BILA KE KUANTAN

Kesempatan berhujung minggu bersuami keluarga ke Pantai Teluk Chempedak sempena cuti Depavali. Adik merenget untuk dibelikan cecair belon walaupun usia dah 10 tahun hehehe....Begitu ramai pengunjung sama ada yang seronok di tepi pantai, ada juga yang asyik mengunjungi gerai yang banyak terdapat. Macam-macam produk ada dijual.

Ibu dan kakak sempat pula membeli 'chicken cop' untuk di bawa pulang.Walaupun ramai orang beatur panjang namun kakak tetap setia menanti.

Dalam perjalanan hendak ke kereta kami dan orang lain 'diserbu' oleh monyek liar yang begitu banyak berkeliaran. Mungkin haiwan itu kelaparan.Kelihatan Angah laju je berjalan takut dikejar monyet.
  



suasana di sekitar kawasan 
pejalan kaki dan ruang niaga

Monday, November 7, 2016

PENDITA 2015: Wadah GPMS Pahang

Inisiatif Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang bagi menyimpan khazanah segala aktiviti sepanjang tahun. Majalah ini disumbangkan oleh Setiausaha GPMS Pahang Saudara Nasrul Isyam Abd Hamid kepada saya kerana banyak menyokong usaha GPMS Pahang di dalam acara dan media sosial.


GPMS merupakan sebuah NGO Pendidikan yang terus memperjuangkan kebajikan pelajar melayu dalam mendepani cabaran yang semakin hebat seiring dengan dasar kerajaan.

Sunday, November 6, 2016

KOLEKSI 
'SENYUM KAMBING' UTUSAN MALAYSIA

18/10/2016                                                                            8/10/2014

9/7/2008         19/10/2014





Saturday, November 5, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

QURAN SAINTIFIK: 
Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains

Naskhah hebat Dr Danial Zainal Abidin ini membicarakan secara komprehensif bukti-bukti sains yang membenarkan kandungan QURAN dan mampu meningkatkan lagi keimanan seseorang apabila membaca dan memahaminya.

Antara aspek yang dibincangkan:
- Penciptaan Alam
- Kejadian Manusia
- Matlamat Hidup dll

Kebetulan buku itu aku temui di rak Masjid Al Muttaqin Kolej Matrikulasi Pahang
 dan aku meminjamnya untuk dibaca.




Wednesday, November 2, 2016

MAJLIS PECAH TANAH 
JAMBATAN KE DUA TANJUNG LUMPUR, KUANTAN

Sekurang-kurangnya 422,000 penduduk akan mendapat manfaat daripada Jambatan Kedua antara Tanjung Lumpur dan Kuantan yang bernilai RM181 Juta.

Projek yang dijangka siap pada Ogos 14, 2019 akan menjadi laluan alternatif untuk penduduk di sekitar Tanjung Lumpur, Kempadang dan Bandar Putra ke Pusat Bandar. 
Projek ini turut merangkumi kerja menaik taraf satu persimpangan T di Jalan Tanah Putih dan Jalan Pintas Bukit Setongkol kepada persimpangan lampu isyarat,” katanya.
 Pecah Tanah projek tersebut hari ini telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut dihadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Tuesday, November 1, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

NOSTALGIA GOTONG ROYONG SIPMA 2013

Ketika itu Kolej Matrikulasi Pahang telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2013. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia. Beberapa acara berlangsung di KMPh seperti badminton. Terdapat juga beberapa acara diadakan di vanue berhampiran seperti bolasepak di Akademik Bilasepak Mokhtar Dahari,Gambang.

Tn Hj Nik abd Rahman Nik Kasim, Cik Padilah Abu Bakar, Ahmad Noh dan Nasrul Isyam Abd Hamid tekun sedang mengecat sebagai persediaan menjadi tuan rumah.
HARGA MINYAK MASAK NAIK??????

Dulu RM13.99
Kini RM21.30

Patutlah masa pergi ke beberapa kedai baru-baru ni didapati minyak masak tak ada stok. Rupanya pembekal atau pemborong sorok stok. Mereka dah tahu harga akan naik. Dapat untung berganda atas angin je. Inilah cara mereka mencari keuntungan atas kezaliman pada orang ramai.