Wednesday, November 2, 2016

MAJLIS PECAH TANAH 
JAMBATAN KE DUA TANJUNG LUMPUR, KUANTAN

Sekurang-kurangnya 422,000 penduduk akan mendapat manfaat daripada Jambatan Kedua antara Tanjung Lumpur dan Kuantan yang bernilai RM181 Juta.

Projek yang dijangka siap pada Ogos 14, 2019 akan menjadi laluan alternatif untuk penduduk di sekitar Tanjung Lumpur, Kempadang dan Bandar Putra ke Pusat Bandar. 
Projek ini turut merangkumi kerja menaik taraf satu persimpangan T di Jalan Tanah Putih dan Jalan Pintas Bukit Setongkol kepada persimpangan lampu isyarat,” katanya.
 Pecah Tanah projek tersebut hari ini telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut dihadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. 

No comments:

Post a Comment