Monday, June 26, 2017

BERHARI RAYA DI 2 NEGERI

Tahun ni kami sekeluarga beraya Eidulfitri di 2 negeri Pahang dan Johor. Keadaan ini berbeza daripada kebiasaan hanya di satu negeri. Dah lama tak merasai beraya di rumah sendiri di Pahang.


Seronok pula rasanya di malam raya bersama isteri dan anak-anak. Selepas takbir raya sesudah solat Isya' kami 5 beranak berada di dapur bersama untuk memasak sambil menonton telemovie 'Mak Tak Bagi Balik' lakonan Khir Rahman dan Vanida Imran. Tema yang menusuk kalbu. Memberi keinsafan kepada kita erti puasa yang sebenarnya kerana ada orang yang selalu berlapar walaupun bukan di bulan Ramadan. 

No comments:

Post a Comment