Saturday, September 30, 2017

MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG: 
MENGANJUR SAMBIL MENDIDIK
HARI KEUSAHAWANAN SK WIRA 2017


Sempat berkunjung bersama keluarga sekitar jam 10.30 pagi, 30 Sept bagi menunjukkan sokongan terhadap rakan-rakan guru terutamanya sahabat lama Tuan Guru Besar SK Wira, Kuantan Encik Mohamad Razli.

Kesempatan itu juga digunakan untuk berbual dengan
EN Li (GB SKW) tentang perjalanan program yang dikatakan beliau begitu mendapat sambutan. Sempat juga berbual dengan rakan-rakan lama Cikgu M.Hanafiah, Cikgu Norulhuda, Cikgu Siti Zubaidah, Cikgu Ton Ida (begitu sibuk berniaga...hebattt), Cikgu Yaslina, Ustazah Is (kek memang sedapppp...)

TAHNIAH SK WIRA

Friday, September 29, 2017

SIPMA Kuantan 2017


Sukan Institusi Pendidikan Malaysia kali ke 7 akan berlangsung di Kuantan sepanjang awal Oktober di mana acara pembukaan rasmi akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Bandar Indera Mahkota. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM) diamanahkan untuk menjadi tuan ramah pada kali ini.

Friday, September 22, 2017

INSTITUSI KELUARGA 
SEMAKIN HANCUR

Kegagalan institusi keluarga sekarang dalam membentuk akhlak anak merupakan faktor utama sehingga berlaku  kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis 14 September 2017 , 23 pelajar termasuk dua guru Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap. Semua mangsa berusia antara enam hingga 16 tahun.
Tujuh remaja, termasuk lima suspek utama dipercayai ditahan polis bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz berkenaan, di sini, kelmarin.Daripada tujuh yang ditahan, lima dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 11 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.

Monday, September 4, 2017

BENGKEL T.O.T MURABBI 
SAHABAT YADIM MATRIKULASI
Tarikh: 08 Ogos 2017
Tempat: Hotel Sri Malaysia Ipoh





CATATAN SEJARAH SUKAN NEGARA - 
SUKAN SEA KE 29 KUALA LUMPUR 2017


Malaysia dengan pimpinan Chef de mission Datuk Marina Chin mencatat sejarah baru dalam Sukan SEA apabila menjuarai pungutan pingat secara keseluruhan.

Yang menarik di dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Juara Pecut Asia Tenggara milik Khairul Hafiz Jantan

Tunggangan emas Sultan Mizan Zainal Abidin dalam acara Equestrian

Yang paling menariknya bila PM Dato Sri Najib umum
 cuti khas sempenakejayaan ini 
pada Isnin 4 Sept 2017