Friday, September 22, 2017

INSTITUSI KELUARGA 
SEMAKIN HANCUR

Kegagalan institusi keluarga sekarang dalam membentuk akhlak anak merupakan faktor utama sehingga berlaku  kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis 14 September 2017 , 23 pelajar termasuk dua guru Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap. Semua mangsa berusia antara enam hingga 16 tahun.
Tujuh remaja, termasuk lima suspek utama dipercayai ditahan polis bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz berkenaan, di sini, kelmarin.Daripada tujuh yang ditahan, lima dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 11 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment