Saturday, March 31, 2018

NAK KAYA CARA MUDAH : SATU ANCAMAN

Tuntutan melayari bahtera hidup zaman sekarang semakin mencabar. Memiliki gaya hidup mewah telah menjadi satu trend dan mendorong rakyat Malaysia terjebak dengan apa saja cara bagi mendapatkan wang dengan cara yang paling mudah. Yang penting kaya. Yang penting 'aku' boleh beli apa yang aku nak. 'Aku' tak nak hidup miskin lagi. 



Berita skim cepat kaya,judi online, keldai dadah, seludup pendatang tanpa izin, edar dadah, jadi pelayan khidmat pelanggan(GRO), jadi bapa dan ibu ayam, pelacuran, pengemis dan banyak lagi dah jadi sesuatu yang biasa era sekarang.Matlamatnya hanya untuk dapatkan duit.


 Namun sebenarnya perkara ini telah menjadi satu ancaman ke arah kehidupan warganegara Malaysia berkualiti yang bakal menerajui negara suatu hari nanti.

Wednesday, March 28, 2018

LEBIH SUDU DARIPADA KUAH

Kehidupan seharian kita pasti akan bertemu dengan insan yang berpewatakan seperti 
peribahasa di atas.Namun apa yang membuat penulis terkilan ketika berbicara dengan pelajar,
penulis telah menyelitkan peribahasa ini ketika menerangkan beberapa contoh berkaitan dengan 
kepimpinan sifat individu. Tapi rupanya anak-anak kita sekarang tak faham maksudnya. Orang melayu sendiri tak faham apatah lagi kaum cina,India dll. Patutlah mereka senyap bila ditanya....faham @ tidak?????



Peribahasa tersebut bermaksud:Orang yang tidak 

mempunyai kuasa/jawatan,

 tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang 

yang berkuasa/berjawatan. 

ATAU 

Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih.


KESIMPULANNYA: Janganlah ada sikap seperti ni ok

Monday, March 26, 2018

BUKAN SEMUA KITA TAHU BUKAN SEMUA KITA BETUL

Dalam hidup ini mustahil jika kita menjadi seorang manusia yang mengetahui semua perkara daripada segenap bidang. Bila bercakap tentang akademik kita tahu. Menerjah bidang politikpun kita lah pakarnya. Menyentuh isu kemanusiaan kita juga maha mengetahui. Sebut bidang ekonomi, kewangan, pendidikan, sosial pasti kita juga yang mendahului orang lain dalam menegakkan pendapat. Perlu diingat tahap kebolehan kita tidak semestinya dalam semua perkara kecualilah jika kita seorang yang begitu banyak membaca dan berpengalaman dalam pelbagai aspek. Namun meraikan pendapat orang itu adalah juga satu kebaikan.


 Dalam hidup kita ini juga kita kena tahu bahawasanya tidak semua yang kita fikirkan@cakap itu adalah betul pada pandangan orang sekeliling. Jangan syok sendiri......
AKU & mente LDK 164
 sesi 2017/2018

 Sempat melapangkan masa bersama anak didikku sambil minum petang. Makan keropok,pisang goreng. Berkongsi cerita. Yang penting semoga kalian berjaya pada masa hadapan. Perkara yang perlu diingat adalah zaman kalian adalah zaman penuh persaingan. Sesiapa yang tidak menyediakan bekalan yang mencukupi akan terus ketinggalan dalam persaingan yang penuh onak duri pahit getir.

Saturday, March 24, 2018

AKTIVITI ECO CHALLENGE 
JABATAN SASTERA IKHTISAS 
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

Wednesday, March 21, 2018

UNDANG-UNDANG DIKUATKUASAKAN

Kebetulan petang ini berkesempatan untuk ke Pasar Malam Taman Seri Mahkota Aman. Dapatlah memberi sedikit juadah untuk anak-anak. Nampak sate rasa teringan pulak. Belilah sikit sesedap rasa. Tiba digerai jagung rebus teringat pula anak minat makan jagung rebus. Beli juga 2 tongkol. Sedar tak sedar bila nak balik penuh jgak tangan kiri dan kanan.Nafsu...nafsu


Asyik membeli sambil melihat gelagat orang ramai membeli belah terpandang di satu sudut kelihatan satu pasukan beruniform gelap sedang membuat pemeriksaan. Bila aku amati betul-betul rupanya pasukan penguatkuasa KPDNKK. Kelihatan pegawai berkenaan sedang menyita barangan peniaga DVD cetak rompak. Semua dvd dirampas termasuklah peralatan seperti meja dan payung. Kelihatan di satu sudut peniaga terbabit pergi meninggalkan barangan jualnya untuk mengelakkan dirinya dikesan oleh penguatkuasa.

Sememangnya undang-undang perlu dikuatkuasakan. Jika tidak apa perlu adanya undang-undang jika ianya sekadar satu dokumen bertulis dan dibaca. Sekalung tahniah buat penguatkuasa KPDNKK. Inilah bukti ketelusan demi cintakan negara.

Tuesday, March 20, 2018

TAHU DAN HAYATI TANDA MENGENALI JATA NEGARA


Lambang Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara seharusnya dikenali dan difahami maksudnya oleh seluruh warganegara Malaysia. Namun hakikat sebenarnya adakah mereka tahu maksud yang tersirat dalam perlambangan jata negara tersebut.

Jata Negara mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara bukan sekadar untuk diketahui namun perlu dihayati sungguh-sungguh dan diterjemahkan dalam kehidupan bernegara. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Elemen dan sentimen seperti Bunga Raya yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara. Jata negara ini mewakili negara malaysia secara keseluruhannya tanpa membezakan kita siapa...kaum apa, agama apa....Seharusnya warganegara Malaysia menghayati jati diri Malaysia ini.


2 ekor harimau tersebut bukan hanya dilihat dari sudut keberanian semata-mata. Namun apa yang penting kesatuan rakyat yang berbilang kaum, agama dan berbeda fahaman politik bersama bersatu bagi mempertahankan negara dari segalan ancaman keselamatan dari luar mahupun dalam negara.


Saturday, March 17, 2018

JEJAK MENARA MATRIKULASI  
DATANG LAGI KE KMPh

Siri jelajah 2018 YADIM untuk program JMM kembali lagi. Sambutan yang menggalakkan oleh Sahabat YADIM KM Pahang sekitar 600 orang. Memang paling ramai berbanding kolej matrikulasi yang lain. Penulis sempat juga bertemu dengan 2 orang fasilitator yang merupakan SY di UMP dan UMT yang juga merupakan alumni KMPh. Kembali menabur bakti untuk adik-adik junior demi kelangsungan perjuangan agama,bangsa dan negara

Wednesday, March 14, 2018

PERASAN DALAM PERASAAN
Dalam sedar tak sedar kita telah mendoakan kebaikan untuk orang lain bila kita melazimkan memberikan salam. Begitu juga sebaliknya kita menjawab salam. Tidak kira walaupun kita berbeza kaum dan agama. Sikap mendoakan sahabat,rakan atau sesiapa saja ini menunjukkan kesatuan kita dalam hidup bermasyarakat terutama dalam masyarakat majmuk dalam negara kita. Melalui sikap yang positif itu menjadi titik tolak untuk hubungan yang harmoni antara kaum dalam negara kita. Mungkin kita tidak perasan yang perasaan kita sebagai rakyat Malaysia semakin bersatu. Jom kita amalkan supaya menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia demi PERPADUAN.

Tuesday, March 13, 2018

TEAM KML DAN KMKt 
MENAWAN PUNCAK KINABALU 2018


Semangat juang yang tinggi tanpa mengenal putus asa beserta dengan latihan yang mantap membolehkan Team Pendakian Kolej Matrikulasi Labuan bersama Team Pendakian Kolej Matrikulasi Kelantan berjaya menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu baru-baru ini. Sekalung penghargaan.

Program Kembara Kinabalu melibatkan 15 orang pendaki iaitu Haslinda Radzali, Abd Halim Mat Desa, Mohd Azhar Hassan, Syahmun Yahaya, Kamarudin Jailani, Hamizan Abu Yazid, Fadilah Abd Rauf, Rosni Mansor, Johana Muhamad, Mohd Al-Amin Abdullah, Hafizul Nadhir, Mohd Yusof Samad, Redzuan Mohd Zain, Ahmad Zul Azri Mohd Yusoff dan Norlizawati Ag. Tahir.


DR ABDUL HALIM MAT DESA DAN RAKAN-RAKAN DARI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN DAN KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN MENYERTAI EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU.


 

 



TRAFIC JAM : 
MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM KESULITAN


Peluang yang ada perlu digunakan dengan sebaik yang mungkin dalam hidup. Walaupun dalam kesulitan akibat trafic jam namun ruang itu sebenarnya adalah peluang untuk kebaikan diri seperti kita dapat terus mengingati Yang Maha Pencipta. Janganlah beranggapan bahawa perkara yang sulit itu akan terus mengundang lebih banyak masalah pada kita. Sedangkan di dalamnya masih ada juga kebaikan yang kita perolehi jika kita seorang yang pandai mengambil kesempatan ke arah kebaikan.
HIDUP INI 
SATU PERJALANAN MENCARI ILMU



BERSAMA SAUDARA NASRUL ISYAM ABDUL HAMID DALAM TAKLIMAT KETUA PENGAWAS MUET WRITING DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PEKAN PADA 6 MAC 2018

 

SEJARAH PEGAWAI-PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEKAN

Monday, March 12, 2018

TRANSFORMASI MAHASISWA 
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
 OLEH BTN NEGERI PAHANG
Pada : 11 Mac 2018



KEHADIRAN PELAJAR YANG MENGGALAKKAN


BERSAMA EN HASANUDDIN YAHAYA (TIMBALAN PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PAHANG), EN HAMIZI TAIB, EN MOHAMMAD CHE IBRAHIM, TN HJ HISHAMUDDIN ABD RAHMAN, EN KHAIRUL ANUAR AWAM (PEN. PENGARAH BTN PAHANG) DAN EN NASRUL ISYAM ABD HAMID







Saturday, March 3, 2018

BERAPA RAMAI YANG DAPAT BR1M TAPI TAK MENGUNDI?
Jumlah rakyat Malaysia yang layak untuk menerima BR1M adalah seramai kira-kira 7 juta orang. Alhamdulillah. Namun persoalannya hasil negara tersebut dinikmati tapi adakah semua dikalangan mereka itu telah mendaftar sebagai pengundi dan menggunakan hak mereka untuk memilih kepimpinan yang terbaik buat negara. Berdasarkan pandangan kasar penulis masih ramai terutama golongan bujang yang masih tidak mendaftar sebagai pemilihterutama dikalangan masyarakat Melayu. Sedarlah kalian. Apa yang kita dapat hari ini takkan kekal selamanya.