Tuesday, October 15, 2019


Image result for USAHA



'DALAM HIDUP INI TIDAK SEMESTINYA SEMUA YANG KITA INGINKAN KITA AKAN DAPAT'



yang penting USAHA TANGGA KEJAYAAN...
gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya.....

Wednesday, October 9, 2019

LAYAN HOBI HILANG STRES

Tertekan kerana masalah di tempat kerja adalah sesuatu yang kerap berlaku pada diri kita. Masalah keluarga dan juga persekitaran juga membuat kita terus tertekan.Saya percaya masalah ini bukan saja boleh diselesaikan melalui terapi diri tapi juga berdasarkan hobi yang anda lakukan.

Tuntutan hidup yang semakin mencabar pada zaman sekarang menyebabkan kita perlu mencari alternatif bagi memastikan hidup terasa lebih berkualiti, ceria, sihat dari segi fizikal dan minda. Jangan tertekan ok....Layanlah hobi masing-masing. Bagi yang tiada hobi, carilah ruang dan peluang daripada pelbagai hobi yang ada di dunia ini untuk menghadapi hidup dengan lebih indah lagi...Cubalah....anda pasti dapat merasai kenikmatan apabila mempunyai hobi...
Image result for HOBI kumpul duit
kumpul duit

Image result for kumpul setem
kumpul setem

Image result for kumpul sampul duit raya
kumpul sampul duit raya

Image result for memancing
memancing

Image result for mendaki
mendaki gunung@bukit

Image result for berbasikal
berbasikal

Friday, October 4, 2019


Image result for perpaduan kaum

PENTINGNYA PERPADUAN.....
Negara kita unik kerana wujud sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk....Melayu, Cina, India, Sikh, Asli, Iban, Kadazan, Siam dan lain-lain etnik tinggal sebumbung dalam sebuah negara merdeka...Maka nilai PERPADUAN begitu penting bagi memastikan kelangsungan keamanan dan kemakmuran mampu dikecapi oleh semua rakyat.

Sebab itu dalam kita mendepani kehidupan bernegara kita perlu mengetahui dan memahami tentang sejarah negara kita sendiri....baca...baca...dan baca......Bila kita mempunyai ilmu berkaitan sejarah negara maka kita pasti memahami betapa bahayanya kehidupan negara kita tanpa perpaduan.

Semua kaum lain perlu memahami dan menerima kaum Melayu adalah kaum yang asal dan terawal menduduki Tanah Melayu yang tercinta ini. Membina tamadun hingga membentuk sebuah kerajaan kesultanan melayu. Hakikat ini perlu diterima oleh semua kaum. Melayu juga adalah kaum yang bertungkus lumus menentang penjajahan awal daripada kuasa barat terhadap Tanah Melayu. Sebab itu lah dalam Perkara 3,38,152, 153 Perlembagaan Persekutuan menumpukan keperluan kepada perkara yang ada kaitan dengan kaum melayu. Keistimewaan orang melayu yang sering dipertikaikan perlu difahami oleh kaum lain kerana ianya tercatat dalam perlembagaan sebagai timbal balas kepada kesediaan orang melayu untuk menerima kaum lain sebagai warganegara. Maka sepatutnya tidak perlu dipersoalkan.

Kaum lain juga perlu memahami bahawa kaum cina main peranan dalam urusan ekonomi. Kaum cina berniaga, kaum melayu dll yang membeli...Begitu juga sebaliknya sehingga kaum cina menjadi kaya raya di bumi yang bertuah ini. Pengorbanan kaum lain dalam menjaga keamanan negara perlu juga dihargai sehingga menjadikan negara kita aman dan ekonomi mampu berkembang. Dalam perlembagaan hak kaum cina akan turut dipelihara. Namun hak mereka tidak lah sama seperti hak kaum melayu. Perlu ingat pengorbanan kaum melayu menerima kaum cina sebagai warganegara.

Begitu juga dengan hak kaum lain tetap terpelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan......Tapi janganlah bersikap tamak.......bertolak ansurlah dalam kehidupan bernegara...Terimalah hakikat bahawa kuasa politik diberi kpd kaum melayu memandangkan kaum melayu merupakan kaum asal dan terawal serta majoriti....jangan hancurkan keamanan negara angkara sikap tamak segelintir kita yg mahu membolot semua perkara dlm negara dgn alasan demi kesamarataan....namun rebutlah peluang lain yg ada dlm negara.

Thursday, October 3, 2019

AKU DAN PELAJARKU SEMESTER INI

Setiap tahun aku mendapat pelajar yang berbeza.... Semester I sesi 2019/2020 cabarannya semakin hebat. Begitu sukar mencari pelajar yang sejuk mata memandang dengan perangai, sikap tanggungjawab, kepimpinan cemerlang sebagai seorang pelajar....kebanyakkannya seperti lari daripada tujuasn asal sebagai seorang pelajar....kalau tak cemerlang pun tak apa asalkan dikategorikan sebagai baik.
Image result for pelajar sekarang

Boleh aku simpulkan majoriti pelajar yang diajar hanya sederhana dalam segala aspek. Macam 'pahat dgn penukul'....bila diketuk barulah lakukan......

Kalau ditegur/dinasihati tarik muka tak puas hati......

Bagaimanakah wahai pelajarku sekalian hendak menghadapi cabaran Abad ke 21?.....kata ikuti PAK21......berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Bayangkan bagaimana generasi kita 10 tahun akan datang.....semoga mereka berubah sebelum ruang dan peluang yang ada seperti hari ini hilang dari dinikmati....

#akusayangnegaraku

Wednesday, October 2, 2019


Image result for bangun tidur

SATU HARI DI DALAM KELAS

Aku cakap ari ni pada pelajar aku tentang bagaimana pentingnya pengurusan kendiri dalam hidup pelajar. Dengar betol2 yerrrrr.....Tak betul urus masa maka lewatlah kamu bangun tidur pagi hari.....solat subuh ke laut la jawab nyer...Sedangkan zaman kamu canggih...semua org ada jam...semua org ada gajet...tapi nape susah betol nak urus masa...padahal untuk kebaikan diri sendiri jugak...suka sangat tergesa-gesa dan melewatkan buat sesuatu perkara....solat lewat.....buat assigment lewat....masuk kelas lewat....pegi exam lewat.....

Seronok betol buat benda yg negatif.....
tapi bab ngorat cepat....