Friday, October 4, 2019


Image result for perpaduan kaum

PENTINGNYA PERPADUAN.....
Negara kita unik kerana wujud sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk....Melayu, Cina, India, Sikh, Asli, Iban, Kadazan, Siam dan lain-lain etnik tinggal sebumbung dalam sebuah negara merdeka...Maka nilai PERPADUAN begitu penting bagi memastikan kelangsungan keamanan dan kemakmuran mampu dikecapi oleh semua rakyat.

Sebab itu dalam kita mendepani kehidupan bernegara kita perlu mengetahui dan memahami tentang sejarah negara kita sendiri....baca...baca...dan baca......Bila kita mempunyai ilmu berkaitan sejarah negara maka kita pasti memahami betapa bahayanya kehidupan negara kita tanpa perpaduan.

Semua kaum lain perlu memahami dan menerima kaum Melayu adalah kaum yang asal dan terawal menduduki Tanah Melayu yang tercinta ini. Membina tamadun hingga membentuk sebuah kerajaan kesultanan melayu. Hakikat ini perlu diterima oleh semua kaum. Melayu juga adalah kaum yang bertungkus lumus menentang penjajahan awal daripada kuasa barat terhadap Tanah Melayu. Sebab itu lah dalam Perkara 3,38,152, 153 Perlembagaan Persekutuan menumpukan keperluan kepada perkara yang ada kaitan dengan kaum melayu. Keistimewaan orang melayu yang sering dipertikaikan perlu difahami oleh kaum lain kerana ianya tercatat dalam perlembagaan sebagai timbal balas kepada kesediaan orang melayu untuk menerima kaum lain sebagai warganegara. Maka sepatutnya tidak perlu dipersoalkan.

Kaum lain juga perlu memahami bahawa kaum cina main peranan dalam urusan ekonomi. Kaum cina berniaga, kaum melayu dll yang membeli...Begitu juga sebaliknya sehingga kaum cina menjadi kaya raya di bumi yang bertuah ini. Pengorbanan kaum lain dalam menjaga keamanan negara perlu juga dihargai sehingga menjadikan negara kita aman dan ekonomi mampu berkembang. Dalam perlembagaan hak kaum cina akan turut dipelihara. Namun hak mereka tidak lah sama seperti hak kaum melayu. Perlu ingat pengorbanan kaum melayu menerima kaum cina sebagai warganegara.

Begitu juga dengan hak kaum lain tetap terpelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan......Tapi janganlah bersikap tamak.......bertolak ansurlah dalam kehidupan bernegara...Terimalah hakikat bahawa kuasa politik diberi kpd kaum melayu memandangkan kaum melayu merupakan kaum asal dan terawal serta majoriti....jangan hancurkan keamanan negara angkara sikap tamak segelintir kita yg mahu membolot semua perkara dlm negara dgn alasan demi kesamarataan....namun rebutlah peluang lain yg ada dlm negara.

No comments:

Post a Comment