Friday, November 6, 2015


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

SUNGAI LEMBING
TEMPAT WAJIB DILAWATI JIKA KE KUANTAN



Pekan Sungai Lembing sebuah lagi destinasi pelancongan yang seharusnya dikunjungi. Kawasan penuh dengan sejarah kerana di sinilah pernah terlretaknya sebuah lombong bijih timah yang terdalam di dunia. Hingga kini kesan peninggalan sejarah tersebut masih dapat jika saksikan jika berkunjung ke sini



Saya dan keluarga boleh dikatakan setiap tahun akan meluangkan masa bersama berkunjung ke sini bagi menikmati suasana kehijauan pepohonan hutan, bukit-bukau, unggas yang amat menenangkan.








 
Image result for sungai lembing tempat menarik





   




      

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

AWAS PENANGAN ROKOK ELEKTRONIK :
 Jangan anda menjadi mangsanya

Rokok elektronik atau vape sedang menjadi fenomena baru di tengah masyarakat Malaysia dan rantau ini. Banyak yang beralih ke rokok elektrik kerana menganggap cara merokok seperti ini lebih selamat dan mengikut trend, tanpa mengurangi kenikmatan merokok tembakau itu sendiri. 



Image result for rokok elektronik

World Health Organization (WHO)
WHO menulis sebuah laporan yang  menjelaskan bahawa sesiapapun tidak digalakkan untuk menggunakan rokok elektrik di dalam ruangan karena produk ini boleh mengeluarkan racun seperti rokok biasa. Meskipun tidak mengeluarkan asap, wap rokok elektrik yang mengandung zat kimia berbahaya juga dapat menimbulkan polusi udara.

Setiap yang memudaratkan adalah haram 

Thursday, November 5, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
AKTIVITI LASAK DI KEM CAHAYA GEMILANG PLKN CERATING 
2015

Dah hampir 21 tahun tidak mengikuti aktiviti-aktiviti lasak maka peluang yang ditawarkan oleh sahabat ke satu program di Cherating, Pahang begitu mengujakan. Aktiviti night walk dijalankan bermula jam 9 malam dan berakhir pada jam 2.30 pagi. Pengalaman yang cukup penat dengan melalui laluan hutan yang gelap gelita. Kami dilepaskan secara bersendirian dan hanya tali yang diikat pada pokok menjadi panduan untuk kami terus melangkah.Namun semua itu memberi seribu pengalaman dari segi ketahanan fizikal dan mental. Yang penting muhasabah diri yang kita ini seharusnya bersyukur dengan pelbagai kenimatan yang telah tuhan berikan.

Aktiviti flying fox di sebuah menara yang tertinggi di kalangan kem-kem PLKN Malaysia begitu mencabar sekali. Menara setinggi bangunan 5 tingkat. Kali terakhir saya melakukan aktiviti ini sekitar tahun 1994 semasa menuntut di maktab perguruan. Tapi foto tidak begitu banyak kerana terlalu asyik dengan aktiviti. Hanya satu ini yang dapat dikongsikan dan dibuat kenang-kenangan.

bersama En Abd Halim Mat Desa yang membantu bagi penggunaan peralatan sebelum aktiviti flying fox diadakan

    
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 SETEM ITU SATU SEJARAH


Kita akan dapat mengingati tarikh-tarikh berlakunya peristiwa penting di dalam ataupun di luar  negara melalui tahun keluaran setem ataupun cap yang menunjukkan surat dan setem tersebut telah dikeluarkan oleh pihak Pejabat Pos.


 

            


 

  

 Image result for setem malaya

Saya nak sangat cari setem-setem di atas ni. Kalau ada sesiapa yang nak jual sila pm saya 0199697323