Saturday, November 5, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

QURAN SAINTIFIK: 
Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains

Naskhah hebat Dr Danial Zainal Abidin ini membicarakan secara komprehensif bukti-bukti sains yang membenarkan kandungan QURAN dan mampu meningkatkan lagi keimanan seseorang apabila membaca dan memahaminya.

Antara aspek yang dibincangkan:
- Penciptaan Alam
- Kejadian Manusia
- Matlamat Hidup dll

Kebetulan buku itu aku temui di rak Masjid Al Muttaqin Kolej Matrikulasi Pahang
 dan aku meminjamnya untuk dibaca.




Wednesday, November 2, 2016

MAJLIS PECAH TANAH 
JAMBATAN KE DUA TANJUNG LUMPUR, KUANTAN

Sekurang-kurangnya 422,000 penduduk akan mendapat manfaat daripada Jambatan Kedua antara Tanjung Lumpur dan Kuantan yang bernilai RM181 Juta.

Projek yang dijangka siap pada Ogos 14, 2019 akan menjadi laluan alternatif untuk penduduk di sekitar Tanjung Lumpur, Kempadang dan Bandar Putra ke Pusat Bandar. 
Projek ini turut merangkumi kerja menaik taraf satu persimpangan T di Jalan Tanah Putih dan Jalan Pintas Bukit Setongkol kepada persimpangan lampu isyarat,” katanya.
 Pecah Tanah projek tersebut hari ini telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut dihadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Tuesday, November 1, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

NOSTALGIA GOTONG ROYONG SIPMA 2013

Ketika itu Kolej Matrikulasi Pahang telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2013. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia. Beberapa acara berlangsung di KMPh seperti badminton. Terdapat juga beberapa acara diadakan di vanue berhampiran seperti bolasepak di Akademik Bilasepak Mokhtar Dahari,Gambang.

Tn Hj Nik abd Rahman Nik Kasim, Cik Padilah Abu Bakar, Ahmad Noh dan Nasrul Isyam Abd Hamid tekun sedang mengecat sebagai persediaan menjadi tuan rumah.
HARGA MINYAK MASAK NAIK??????

Dulu RM13.99
Kini RM21.30

Patutlah masa pergi ke beberapa kedai baru-baru ni didapati minyak masak tak ada stok. Rupanya pembekal atau pemborong sorok stok. Mereka dah tahu harga akan naik. Dapat untung berganda atas angin je. Inilah cara mereka mencari keuntungan atas kezaliman pada orang ramai. 

Saturday, October 29, 2016


HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU TERBAKAR

Enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi 25/10/2016.







Friday, October 28, 2016

BANTUAN UNTUK ANAK PAHANG

Anak-anak Pahang di Kolej Matrikulasi Pahang berbesar hati kerana mendapat perhatian daripada Menteri Besar Pahang melalui sumbangan makan tengah hari. Pelajar itu terdiri daripada anak-anak yatim dan golongan miskin. Sumbangan tersebut disalurkan melalui Pejabat Menteri Besar dan Amanah Saham Pahang dan seterusnya mendapat kerjasama pihak pengurusan KM Pahang. 

Menurut individu yang bertanggungjawab menguruskan sumbangan iaitu Saudara Nasrul Isyam Abd Hamid, sumbangan tersebut bagi mengurangkan beban kewangan pelajar disamping memperlihatkan keprihatinan pemimpin terhadap keperluan masyarakat.
Pengusaha kafe yang diberi peluang untuk menyediakan makanan adalah ZEN DELIMA Cafe.












Thursday, October 27, 2016

FORUM BICARA KENEGARAAN
'ISLAM & MELAYU 
DI SISI PERLEMBAGAAN'
ANJURAN : GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) PAHANG
TARIKH & MASA : 22 OKTOBER 2016/ 9.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN UTAMA KOLEJ YAYASAN PAHANG, KUBANG BUAYA, KUANTAN

BERSAMA

PANEL I : EN MOHD NORHISHAM B MUSA
( PEGAWAI KHAS MENTERI KERJA RAYA)

PANEL II : EN WAN EMRIL NIZAM B WAN EMBONG
(PENGERUSI GPMS PAHANG)

MODERATOR : EN AHMAD B NOH
(PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PAHANG)

Sesi Forum ini lebih berkisar kepada Amalan dan Cabaran Perkara 3: Islam Agama Persekutuan, Perkara 10: Kebebasan bersuara,berhimpun,berpersatuan, Perkara 152: Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan Perkara 153: keistimewaan orang melayu. Sesi ini dihadiri oleh para pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi di sekitar Kuantan dan juga para pelajar sekolah menengah.

bersarapan sebelum sesi forum bermula di Rimbunan Cafe


Moderator memulakan sesi forum

Para pelajar dan tetamu tekun mendengar penerangan ahli panel

penyampaian cenderahati oleh saudara Nasrul Isyam Abd Hamid, Setiausaha GPMS Pahang kepada moderator

sesi fotografi tanda kenangan di penghujung acara