24 TAHUN BERKHIDMAT: SATU CABARAN
AKu lalui 24 tahun perkhidmatan sehingga kini dengan zaman yang berbeda-beda. Bermula perkhidmatanku masih menggunakan mesin taip manual. Penggunaan komunikasi lisan menguasai sebahagian besar aktiviti. Kemudian berubah kepada mesin taip elektrik. Itupun aku rasakan satu cabaran...Teknologi semakin canggih...Cepat betul berubah.
Beberapa bulan kemudian muncul di tempat kerja sebuah mesin yang dinamakan komputer....Pehhhhh hebat ni...Biasa tengok dalam drama hollywood di tv je...Gunapun kongsi-kongsi...Belajar dengan mereka yang agak lebih arif. Teruja juga nak guna....bimbang pun ada juga....maklumlah benda baru.
Sejak bermulanya era teknologi maklumat komputer yang pantas ini aku merasakan aku semakin banyak ketinggalan....banyak kemahiran yang terlepas dan tidak aku kuasai....Bukan aku tidak berusaha tapi sukar untuk aku paksa diri....Cukup sekadar tau yang asas untuk memudahkan urusan kerja....Aku tak suka xplore kemahiran itu..
Hakikatnya kini dunia teknologi maklumat tersebut makin menghimpit.....Kerana teknologi kita melakukan kerja sampai ke rumah...kekadang hujung minggu masih menelaah maklumat di hujung jari....Itu bukan jiwaku....Tapi terpaksa...kerana terpaksa itulah aku berasa menyerah kalah...
No comments:
Post a Comment