Tuesday, November 26, 2019


Related image

#BMF

Usaha yang berterusan untuk menyokong produk muslim sangat penting bagi setiap orang muslim bagi mendapatkan sumber yang halal dan baik. Disamping itu memperkasakan ekonomi muslim penting bagi memastikan kelangsungan penglibatan orang muslim dalam cabaran ekonomi Malaysia yang sememangnya dikuasai oleh bukan muslim. Bukan bermaksud memboikot produk bukan muslim tetapi lebih mengutamakan produk muslim ketika membeli. Jika kita tiada pilihan maka belilah produk bukan muslim yang terbaik.

Tiada unsur negatif dalam usaha ini melainkan hanya untuk memastikan usahawan dan produk muslim mampu bersaing dengan sihat bersama produk bukan muslim. Tambahan lagi majoriti pengguna adalah pengguna muslim. Singkirkan produk-produk yang cuba untuk mengelirukan pengguna muslim seperti yang menggunakan lambang masjid dan sebagainya kerana sememangnya perkara ini banyak yang berlaku.

Jika tidak mampu untuk membeli semua, Jangan tinggalkan semua. Kalau bukan kita siapa lagi.


No comments:

Post a Comment