Thursday, December 26, 2013

ISLAM DAN KENEGARAAN tidak terpisah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang merupakan seorang ulamak terkenal dan berpengaruh dalam dunia Islam disamping pernah diiktiraf oleh Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah di dalam buku beliau bertajuk FIQH KENEGARAAN' - 2009 :

Penjajahan Barat yang pernah memerintah negara-negara Islam telah berjaya menanamkan satu kepercayaan karut dalam minda dan jiwa para penduduknya.Ringkasan daripada kepercayaan karut itu ialah:Islam hanyalah agama dan bukan negara.(halaman 1)

Islam mulai dijauhkan sedikit demi sedikit daripada undang-undang syariat jenayah,peraturan perbandaran dan yang sejenisnya.Sehingga lama-kelamaan Islam hanya tertumpu pada urusan-urusan peribadi seperti nikah,talak,fardhu 'ain dan sebagainya.Mereka juga menjauhkan pengaruh Islam pada hampir setiap segi kehidupan sama ada dari segi budaya,segi pendidikan dan sosial.Dan sebaliknya mereka membuka peluang selebar-lebarnya kepada tunjuk ajar,budaya dan tradisi barat dalam perkara-perkara tersebut.(halaman 2)

Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al Quran dan as-Sunnah dan dikenal baik oleh umatnya dahulu dan sekarang ialah Islam yang sempurna dan tidak menerima sebarang pembahagian dalam pedoman dan ajarannya.Itulah Islam dengan dimensi rohani,moral,pemikiran,pendidikan,jihad,sosial,ekonomi dan politiknya.(halaman 20)

Kita patut mendengar ulasan Imam Hasan al-Banna mengenai hubungan antara agama dan politik:

'Jarang sekali kita temukan orang yang berbicara mengenai politik dan Islam.Kalaupun ada biasanya dia akan memisahkan di antara kedua-dua unsur tersebut.Dia akan meletakkan kedua-dua unsur tersebut dalam dua konsep yang berasingan.Dengan demikian orang ramai beranggapan bahawa kedua-duanya merupakan dua unsur yang tidak dapat dipertemukan dan disatukan................'(halaman 21)


MOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MEMANTAPKAN AMALAN BERAGAMA KITA

No comments:

Post a Comment