Wednesday, February 17, 2016

HARAP ISU BAUKSIT 
TIDAK MEMBELENGGU RAKYAT LAGI



Isu bauksit di Kuantan. Sepanjang pengalaman dan sedikit pemerhatian semenjak berulang alik dari rumah ke sekolah anak di SMK Sultanah Hjh Kalthom di BDK  sekitar 2014 hingga akhir 2015 mendapati aktiviti ini begitu berleluasa. Jelas dapat diperhatikan jalan raya di sekitar kawasan tersebut dikuasai oleh lori-lori membawa bauksit. Kelihatan juga banyak lori-lori bauksit yang berada di tepi jalan sekitar Taman Datuk Rasyid. Di kawasan itu juga terletaknya tempat pengumpulan sementara. Faktor keselamatan ketika itu langsung tidak diambil perhatian oleh mereka.






Namun kini sekitar awal 2016 keadaan semakin berubah. Jalan raya semakin hilang warna merahnya. Tiada lagi lori bauksit. Pemantauan pihak berkuasa di persimpangan Jalan Semambu-Jabor memberi kesan positif bagi membenteras gejala ini daripada terus berleluasa. Maka rakyat semakin selesa menggunakan jalan raya tanpa bimbang tentang hal keselamatan seperti dulu. 

No comments:

Post a Comment