Thursday, February 18, 2016

SEJARAH BANDAR KUANTAN

Kuantan ialah ibu negeri Pahang dan juga sebuah daerah

negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan ketiga 

terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 

36,000 km². Penduduk Kuantan terdiri daripada 57% 

orangMelayu, 32% orang Cina, 4% orang India dan 7% 

kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai 

Kuantan mengadap ke Laut China Selatan. Pusat 

pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan 

dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976.

STESEN BAS LAMA KUANTAN DI BENTENG


Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak 

awal tahun 1850-an. Kewujudan Kuantan pada kurun ke 19 

adalah bermula sebagai sebuah penempatan. Kewujudan 

Kuantan ini telah disentuh oleh Abdullah Munsyi pada tahun 

1851/52 seperti berikut:


"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil 

dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak 

perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, 

empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau 

Redang pun ada, maka telah didapati dua buah perahu 

orang Kuantan dan dua buah lepas lari... ... ... ." 


Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan 

nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar 

muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan 

hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang . Ia telah 

dibuka oleh Haji Senik dan pengikut-pengikutnya dalam 

tahun 1850an.Nama Teruntum ini dikatakan berasal dari 

pokok Teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai 

Kuantan pada ketika itu.

KAMPUNG TERUNTUM



Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya 

yang terletak di tapak hospital sekarang disamping 

menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti 

bahawa kawasan tersebut telah dijadikan penempatan ialah 

Perkuburan Cik Timah berhampiran Taman Esplanade 

(Benteng) sekarang. Tapak Perkuburan Cik Timah.


Selain dari itu dikesahkan juga bahawa terdapat sebuah 

perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka 

pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari daerah Sumatera. 

Mereka diketuai oleh Encik Besar . Tempat ini kemudiannya 

dikenali dengan nama Kampung Orang Kuantan dan lama 

kelamaan panggilan ini di pendekkan kepada perkataan 

"Kuantan" dan kekal sehingga ke hari ini.

KOMPLEKS TERUNTUM - PUSAT MEMBELI BELAH PERTAMA

Image result for FOTO BANDAR KUANTAN DULU DAN SEKARANG
TERKINI - MASJID NEGERI BERHAMPIRAN JALAN MAHKOTA

No comments:

Post a Comment