Tuesday, May 29, 2018

AKU & ASKAR WATANIAH

PENGENALAN -AW merupakan salah satu pasukan di dalam Angkatan Sukarela Persekutuan yang berfungsi sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat (TD). Terdapat pelbagai Rejimen dan Kor dalam AW yang mempunyai peranan dan tugas tersendiri. Pasukan-pasukan AW diletakkan di bawah pentadbiran Briged setempat dan di bawah kawalan teknikal Bahagian Pasukan Simpanan (BPS). 
Pasukan-pasukan AW telah diorganisasikan dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:
a. Elemen Tempur
b. Elemen Bantuan Tempur
c. Elemen Bantuan Perkhidmatan
d. Elemen Pakar
e. Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).
Orang ramai yang menepati kelayakan-kelayakan asas berpeluang memilih mana-mana pasukan untuk berkhidmat terutama pasukan yang berdekatan dengan tempat tinggal. (sumber:min-def@blogspot)

Kerana minat dengan unit beruniform aku pernah terlibat dengan menyertai Pasukan AW Kor Kesihatan DiRaja (14 Kompeni Perubatan)) yang berpengkalan di Kem Batu 10 Kuantan. Aku memakai nombor 6100615. Banyak siri latihan yang aku ikuti antaranya latihan menembak, latihan kawad, latihan melebihi 10 jam, latihan jalan lasak, kursus CPR, latihan khemah tahunan, perbarisan hari ulangtahun. Pengalaman yang aku kutip itu begitu berharga dan kenangan manisnya masih segar diingatan sehingga kehari ini walaupun aku tidak aktif lagi dalam pasukan AW.
Yang tinggal hanya BAT C 20, medal , uniform dan barangan lain yang aku simpan tanda kenangan bahawa aku dulu adalah anggota ASKAR WATANIAH.

No comments:

Post a Comment