Tuesday, September 29, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

sekolah satu aliran: menjana perpaduan tanpa sempadan

Image result for berita sekolah satu aliranBerdasarkan pandangan peribadi - pengalaman sebagai seorang guru selama 15 tahun, pegawai akademik d Pejabat Pelajaran Daerah selama 3 tahun dan sebagai seorang pensyarah di Matrikulasi selama 1 tahun telah cukup membuktikan bahawa sememangnya perpaduan yang diharapkan di dalam negara masih pada tahap yang minima. Secara kosmetiknya digambarkan bahawa negara kita mempunyai perpaduan kaum yang hebat. Namun setelah diselusuri di alam pendidikan lagi anak-anak Malaysia pelbagai kaum ini tidak mampu untuk bersama.

Jika hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Pendapat saya ini berdasarkan pengalaman ketika berkhidmat di sebuah sekolah mubaligh yang pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, Cina, India, Sikh, Serani, warga asing dll. Mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira kaum dalam apa jua aktiviti. Ini sangat berbeza dengan SK, SJKC dan SJKT.

Jika sayangkan negara pihak yang bertanggungjawab terpaksa berani untuk merubah dasar  agar anak-anak Malaysia ini dapat bersama seawal pra sekolah lagi bagi menjamin perpaduan kaum dalam negara lebih mantap

Friday, September 25, 2015

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Khutbah Jumaat Masjid Al-Azim Bukit Baru Melaka 24 Sept 2015 - Mempertahankan Agama

Sempat bersolat Jumaat di Masjid Al Azim Bukit Baru Melaka baru-baru ini ketika bercuti bersama keluarga. Sebuah masjid yang begitu hebat dan luas pemandangan dengan pelbagai kemudahan sama ada untuk jemaah atau komuniti setempat.

Pengisisan khutbah telah menerangkan peranan kita sebagai umat Islam yang sepatutnya berperanan besar bagi memastikan kelangsungan agama yang kita cintai ini tidak diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu sama ada dari dalam ataupun luar negara.Antaranya apa sahaja bentuk penerbitan sama ada di media cetak, media elektronik dan media sosial seharusnya menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

Yang paling penting kita sebagai orang Islam sendiri seharusnya menjadi pembela untuk mempertahankan agama bukannya turut serta dengan pihak tertentu di dalam perkara-perkara yang melanggar syariat Islam itu sendiri.
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Jerebu dalam negara makin membimbangkan

 
Seluruh negara dilanda jerebu lagi buat sekian tahunnya. Apa penyelesaian yang mampu dilakukan oleh komuniti ASEAN? kerana puncanya......





Di Seluruh Pahang semua sekolah telah diarahkan bercuti pada 28 Sept 2015 yang lalu. Namun pada hari-hari yang berikutnya didapati IPU masih pada tahap cukup membimbangkan. Masalah kesihatan anak-anak dan orang dewasa yang mempunyai masalah asma turut meningkat.

Sehingga ke hari ini ujian ini terus membelenggu aktiviti luar masyarakat.
 
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ



 

PERTEMUAN YANG LANGSUNG TAK DIRANCANG. SAHABAT LAMA DI MAKTAB DULU AMRI B AWANG OMAR DAN HUSNI HUSIN BERSAMA ANAK DAN IBU HUSNI YANG HANYA SEMPAT MAKAN TENGAH HARI KETIKA SINGGAH DI KUANTAN PADA SEPT 2015. KETIKA ITU SELEPAS PULANG DARI MAJLIS KONVOKESYEN HUSNI DI K.L 

Thursday, September 24, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

 Melaka Bandaraya Bersejarah 
 -Destinasi pelancongan yg memberi ruang utk anak-anak mempelajari sejarah negara. Sempat ke Dataran Pahlawan yang penuh sesak sempena cuti hari raya aidil adha. Kota Afamosa adalah tempat wajib untuk dilawati mengingati bagaimana di situlah bermulanya kawasan di kepulauan melayu di jajah oleh kuasa barat. Yang paling penting detik itulah kejatuhan sebuah empayar Islam di kepulauan melayu. Kunjungan ke situ tak lengkap tanpa berkunjung ke Muzium Setem. Dapatlah membeli beberapa keping setem lama sebagai koleksi keluarga.

Namun keseronokan berada di Melaka dicacatkan apabila berkunjung ke Taman Buaya. Kesimpulannya INDAH KHABAR DARI RUPA. Tak berbalaoi dengan tiket RM20 utk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak kita hanya dapat menyaksikan beberapa ekor reptilia buaya yang semuanya dari jenis yang sama. Rasa terubat sikit bila kebetulan dapat menyaksikan pertunjukan dan petugas memberi makan buaya.



Pihak kerajaan Negeri Melaka kena buat sesuatu bagi memastikan pelancong berpuas hati dengan nilai wang yang mereka keluarkan untuk datang ke negeri tersebut. Seterusnya bagi menjaga imej Melaka Bandaraya Bersejarah yang sememangnya gah seantero dunia. 
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

 Hayati dan teladani pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan putera baginda Nabi Ismail a.s

IBADAH KORBAN 1436 H / 2015 M



بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

 khidmat sosial : 
sumbangan utk mangsa kebakaran 
di Kg Pandan 1 Kuantan


warga kolej matrikulasi pahang pahang juga tidak ketinggalan untuk memberi sumbangan bsgi meringankan beban. Tangan di hulur jalin ukhwah