Wednesday, June 12, 2019

BERHABIS-HABISAN DEMI RAYA
Image result for foto raya

Suasana raya masih terasa. Macam mana sambutan raya tahun ni...? Tentu meriah. Namun adakah kemeriahan itu ditentukan dengan berapa pasang baju yang disediakan?..atau berapa banyak jenis kuih-muih yang terhidang...? atau berapa banyak duit raya yang mampu diberikan...? atau berapa banyak rumah yang sempat untuk dikunjungi...?

Anak nak itu dan ini. Si isteri juga memerlukan itu dan ini. Keperluan ibu dan bapa juga tidak boleh dilupa. 'Open house'..? Si bapa perlu bijak menangani semua ini agar tidak menyusahkan diri sendiri. Jangan terlalu sanggup berkorban demi orang tersayang maklumlah 'raya setahun sekali'..namun akhirnya diri sendiri yang pening sendiri....

Hakikat musim perayaan memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar. Namun jika kita telah merancang dengan baik maka pasti tiada berlakunya perbelanjaan yang di luar jangka.Utamakan yang betul-betul perlu. Tambahan lagi dalam keadaan harga barangan yang agak mahal sekarang. Berhabis-habisan demi menyambut raya pasti akan memberi kesan yang buruk kepada pengurusan kewangan keluarga.

Salam Eidulfitri 1440H/2019M 

Thursday, May 23, 2019


Image result for negara bangsa



REALITI KONSEP NEGARA BANGSA DI MALAYSIA?




Di atas adalah merupakan 3 SYARAT UTAMA dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia. Namun dalam kehidupan bernegara kita secara realitinya kelihatan ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan bagi memastikan objektif ini tercapai. Kebimbangan kita adalah sikap pemerintah yang lebih melihat sokongan kuasa politik itu dalam jangka masa pendek bagi meraih sokongan rakyat tanpa melihat jangka hayat negara bangsa itu sendiri. Ini cukup merbahaya terutama dalam negara kita yang mempunyai masyarakay majmuk.


Pada pendapat saya konsep negara bangsa ini perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak melalui sistem pendidikan satu aliran. Kebersamaan rakyat dalam sistem pendidikan dengan berpegang kepada suatu ideologi yang sama membolehkan PERPADUAN itu wujud. Realiti sekarang sistem pendidikan negara yang mengasingkan antara kaum membuatkan isu kaum boleh tegang pada bila-bila masa. Ini kerana mereka merasakan mereka bukan sahabat, kawan, saudara dalam satu negara yang bernama MALAYSIA.

Friday, May 17, 2019

BETULKAN NIAT

Image result for NIAT Para pelajar mula mendaftar untuk memasuki program matrikulasi pada 12 Mei 2019 yang lalu. Ku lihat ceria diraut wajah muda mereka kerana telah terpilih untuk menyambung pendidikan demi masa depan.

Mungkin berdasarkan kereta penjaga aku dapat menilai latar belakang pelajar. Ada yang datang dengan kereta yang mewah, mungkin mereka orang senang. Begitu juga sebaliknya.Namun hakikat bila berada di kolej semuanya adalah sama. Yang membezakan adalah pencapaian akademik dan sahsiah mereka.

Wahai pelajar perlu diingat...dengarlah nasihatku ini....kamu datang dari jauh ke sini adalah untuk mendapatkan ilmu. Pastikan tiada niat lain walaupun sekelumit melainkan niat untuk belajar demi diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan tanah air. Tetapkanlah dihati untuk menjadi seorang yang cemerlang. 

Ingat....dunia remajamu akan menguji perjalanan kamu di sini. Janganlah hanyut dengan godaan yang melalaikan terutama  dalam batasan pergaulan dan kesilapan memilih rakan.

Sunday, March 24, 2019


Image result for googleisme

ERA GOOGLEISME

Era berbeda menyebabkan sumber untuk mendapatkan maklumat juga berbeda. Jika dulu sumber media cetak adalah sumber utama diikuti dengan sumber media elektronik seperti radio. Masa berubah lagi apabila televisyen muncul. Ketika itu masyarakat mengharapkan sumber yang terhad bagi mendapatkan maklumat.
Namun di era kini segalanya telah berubah. Sumber maklumat boleh diperolehi dengan sekelip mata dengan menggunakan pelbagai saluran media sosial. Semua hanya dihujung jari kita. Kepelbagaian media sosial yang terdapat dalam internet memberi nafas baru kepada masyarakat dalam mendapatkan maklumat.

Tetapi perlu diingat bahawa capaian maklumat yang mudah itu memungkin banyak perkara seperti maklumat palsu akan wujud. Tekan sahaja google maka kita akan memperolehi maklumat.Jika maklumat dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab maka itulah yang kita percaya. Perkara yang paling membimbangkan adalah tiada lagi wujud masyarakat cuba mendapatkan kesahihan sesuatu perkara daripada individu yang berilmu dalam bidang masing-masing.

Yang penting berhati-hatilah kita dalam menggapai sumber di internet.

Friday, March 22, 2019


DI MANA TEMPAT YANG AMAN? Kes tembakan di Christchurch,NZ


Image result for isu tembakan di new zealand
Dalam kejadian Jumaat 15 Mac 2019 lalu, umat Islam di Masjid Al-Noor, Hagley Park dan Masjid Linwood, New Zealand dikejutkan dengan kejadian tembakan secara rambang oleh seorang lelaki bukan Islam warga Australia. Insiden tersebut menyebabkan 50 maut manakala 48 cedera parah.
Seharusnya kejadian tersebut membuka mata masyarakat dunia yang anti kepada Islam bahawa keganasan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang tidak bertanggungjawab dan tiada nilai kemanusiaan.

Tuesday, March 19, 2019


Image result for uku baju di badan sendiri

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 baru diumumkan pada 14 Mac 2019. Ada pelajar yang menangis gembira,ada yang menangis berduka dan ada yang seperti biasa-biase je....Bermula saat itu maka ramailah lepasan SPM yang mencari peluang untuk sambung pelajaran mengikut keputusan masing-masing. Ada juga yang mula berkira-kira untuk memasuki alam pekerjaan.

Namun apa yang boleh dikongsikan adalah bagaimana setiap lepasan SPM ini merebut ruang dan peluang ada di sekeliling mereka. Maka ketika ini muncul mereka yang memilih peluang tanpa mengambil kira kemampuan terutama dari sudut kewangan. Berpusu-pusu mereka memilih untuk sambung belajar dalam bidang tertentu ikut minat dan kehendak hati semata-mata walaupun mereka terpaksa berhutang dengan institusi tertentu. Nilai hutang itu memang agak besar. Sedangkan ada di sudut lain menyediakan peluang yang setaraf dengan kos yang lebih rendah.

Anak-anak pelajar seharusnya bijak dalam mendepani cabaran hidup ini agar tidak mengundang kesusahan di hari kemudian. Kasihankanlah ibu bapa anda yang terpaksa bersusah payah demi melihat anda berjaya. Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, March 5, 2019

BUAT KERJA  'LAST MINUTE'

Kehidupan sebagai pelajar seperti sukar untuk untuk dipisahkan dengan amalan suka menangguh-nangguhkan kerja yang diberikan oleh pensyarah. Atau dengan kata lain sikap suka buat kerja 'last minute'. 
Image result for foto tugasan
Hakikat sebenar yang perlu diamalkan oleh seorang pelajar adalah melakukan sesuatu tugasan yang diamanahkan oleh para pensyarah masing-masing berpandukan kepada perancangan yang teliti. Antara perancangan yang perlu dilakukan adalah membuat jadual perlaksanaan bagi memastikan setiap kerja dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Cara ini akan membolehkan kita mempunyai ruang untuk membaiki@membetulkan jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan dalam pembikinan tugasan tersebut. Disamping itu juga kita adapat menghidari daripada masalah teknikal seperti kehilangan data, kerosakan laptop di saat-saat akhir.Yang akhirnya kita dapat memastikan hasil yang dihantar adalah yang terbaik dan mampu memberi pulangan markah yang menggembirakan.