Tuesday, December 31, 2013

SAYANGI HAIWAN

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Dari kecil sebenarnya aku sukar untuk mendekati dan menyayangi makhluk tuhan yang dinamakan kucing.Walaupun kini persekitaran hidupku terutama di lorong belakang rumahku sentiasa terdapat puluhan ekor kucing yang merayau setiap hari untuk mendapatkan makanan.Mereka akan berlari apabila mana-mana si tuan rumah membuka pintu dapur untuk mendapat ehsan walaupun sekadar sisa-sisa makanan.Namun aku sekadar menjadi penonton melihat telatah mereka.

Persepsiku terhadap makhluk tuhan ini berubah bila aku agak tersentuh bila mendengar kisah seorang seorang wanita dan keluarga yang amat cintakan haiwan.Aktiviti santai keluar rumah mereka sentiasa disertai dengan bekalan makanan kering untuk si kucing yang mereka jumpa di jalanan.Begitu murni hati mereka.Kalau aku...hanya sekadar melihat haiwan itu merayau tanpa tujuan tanpa rasa belas.

Sejak hari itu aku muhassabah diri.Wang di dalam saku ini bukanlah hak mutlak kita.Mungkin ada hak anak-anak dan ahli keluarga,mungkin ada hak jiran tetangga,mungkin ada hak saudara seagama.mungkin ada hak insan bernama manusia,mungkin ada hak rumah Allah untuk kehidupan beragama,mungkin juga ada hak si kucing makhluk tuhan yang istimewa.

Mereka juga ingin hidup sempurna sebagaimana hidup kita.Sekurang-kurang aku  dan keluarga gembira kerana dapat berbakti sesama makhluk yang diciptakan Allah.





Marilah kita bersama-sama menyayangi mereka.Insyaallah ada hikmah di sebaliknya.



Monday, December 30, 2013

NAIK NAIK NAIK

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Cabaran hidup kita sekarang begitu menghimpit sekali.Tidak dapat dinafikan hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan dan tahun demi tahun semua harga barangan keperluan di pasaran naik berterusan.Rasanya setahu aku memang tidak pernah berlakunya penurunan.Belanja bagi menguruskan seisi keluarga memang agak memeritkan terutama sekali jika tidak beringat atau tidak jimat berbelanja.

Namun semampu manakah kita boleh berjimat dengan keadaan sebegini rupa.Mahu tak mahu hidup perlu diteruskan walaupun nilai wang semakin mengecil.Sememangnya kita yang hidup makan gaji hanya setiap bulan menjadi pengurus wang.Bayar itu bayar ini.Apa yang mampu dibeli dengan RM50.Mungkin sekadar untuk sekali berbelanja ke pasar malam. 

Makin menjerat lagi apabila segala keperluan utiliti juga turut bersedia untuk meningkat.Tiadakah cara lain selain daripada meningkatkan harga petrol,gula,tarif elektrik,kadar tol?Pada siapa rakyat jelata hendak mengadu jika bukan kepada pemerintah.

Hanya jangan membandingkan kehidupan kami rakyat dengan kehidupan pemimpin.Mungkin pemimpin atau kumpulan atasan yang kaya tidak akan merasa tekanan akibat kenaikan harga barangan.Tapi bagi kami golongan sederhana dan bawahan nilai RM50 cukup bererti kerana banyak keperluan yang boleh dan terpaksa dilunaskan dengan nilai tersebut.Mungkin bagi pemimpin nilai RM100 seperti lekat di celah gigi saja.

Jangan dizalimi lagi masyarakat dengan bebanan yang melampau.Fikir-fikirkan supaya apa saja yang dilakukan mampu memberi manafaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum.

Ingat lagi 18 tahun lalu belanja dapur RM250 lengkap serba serbi.Kini nilainya jadi RM800.Membeli benda yang sama tapi nilainya meningkat lebih 200%. 
Selepas ni...............................?????????


Ya Allah ....kami bermohon kepadamu agar kami mampu menghadapi segala ujian dunia ini dan Engkau bukakanlah minda insan-insan ini supaya lebih berfikiran waras dalam tindak tanduk mereka supaya tidak terus menzalimi  diri kami

Sunday, December 29, 2013

JUMAAT: 1994 & 2014

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Jumaat mengingatkan aku titah Tuanku Sultan Johor yang mewartakan bermula 2014 Negeri Johor akan menjalankan cuti hujung minggu pada hari Jumaat.Sememangnya 20 tahun yang lalu Johor mengamalkan cuti hujung minggu pada hari Jumaat.Namun dasar itu telah diubah pada tahun 1994.



Noltalgia 1994 itu masih segar diingatan kerana ketika itu aku masih mengikuti pengajian perguruan di Johor Bahru.Demonstrasi secara aman diadakan oleh pelatih guru ketika itu menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri.Jumlah negeri yang bercuti pada hari Jumaat semakin berkurangan di negara kita sedangkan majoriti masyarakat di setiap negeri adalah beragama Islam.


Sebagai orang Islam kita gagal memperjuangkannya.Pada hematku kelebihan bercuti pada hari Jumaat sememangnya tidak dapat dinafikan kerana di dalam terdapat seribu manafaat untuk agama,bangsa,negara.Terutama kelebihan itu ketika menghadiri solat  fardhu Jumaat.Inilah ruang yang boleh diguna melalui khutbah untuk mengingati masyarakat Islam berkaitan perkara-perkara dalam agama.Dengan bercuti pada hari Jumaat,maka setiap jemaah lebih segar untuk mengikuti dan memahami kuliah yang disampaikan dan bukan tidur di rumah Allah akibat keletihan bekerja dari pagi.




Kehidupan beragama amat penting.Melalui peringatan terutama bagi mereka yang hanya mendengar seminggu sekali tentang tanggungjawab kita sebagai muslim,tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga,tanggungjawab kita sebagai rakyat.Semoga melalui peringatan tersebut kita akan sentiasa berwaspada dalam semua aspek kehidupan sama ada dari segi ibadah,muamalah,munakahat,ekonomi,politik,undang-undang dan apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini,mestilah berlandaskan kepada syariat Islam. 


YA ALLAH... TUNJUKKANLAH  KAMI JALAN YANG LURUS SELAGI KAMI HIDUP DI DUNIA INI.

Thursday, December 26, 2013

ISLAM DAN KENEGARAAN tidak terpisah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang merupakan seorang ulamak terkenal dan berpengaruh dalam dunia Islam disamping pernah diiktiraf oleh Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah di dalam buku beliau bertajuk FIQH KENEGARAAN' - 2009 :

Penjajahan Barat yang pernah memerintah negara-negara Islam telah berjaya menanamkan satu kepercayaan karut dalam minda dan jiwa para penduduknya.Ringkasan daripada kepercayaan karut itu ialah:Islam hanyalah agama dan bukan negara.(halaman 1)

Islam mulai dijauhkan sedikit demi sedikit daripada undang-undang syariat jenayah,peraturan perbandaran dan yang sejenisnya.Sehingga lama-kelamaan Islam hanya tertumpu pada urusan-urusan peribadi seperti nikah,talak,fardhu 'ain dan sebagainya.Mereka juga menjauhkan pengaruh Islam pada hampir setiap segi kehidupan sama ada dari segi budaya,segi pendidikan dan sosial.Dan sebaliknya mereka membuka peluang selebar-lebarnya kepada tunjuk ajar,budaya dan tradisi barat dalam perkara-perkara tersebut.(halaman 2)

Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al Quran dan as-Sunnah dan dikenal baik oleh umatnya dahulu dan sekarang ialah Islam yang sempurna dan tidak menerima sebarang pembahagian dalam pedoman dan ajarannya.Itulah Islam dengan dimensi rohani,moral,pemikiran,pendidikan,jihad,sosial,ekonomi dan politiknya.(halaman 20)

Kita patut mendengar ulasan Imam Hasan al-Banna mengenai hubungan antara agama dan politik:

'Jarang sekali kita temukan orang yang berbicara mengenai politik dan Islam.Kalaupun ada biasanya dia akan memisahkan di antara kedua-dua unsur tersebut.Dia akan meletakkan kedua-dua unsur tersebut dalam dua konsep yang berasingan.Dengan demikian orang ramai beranggapan bahawa kedua-duanya merupakan dua unsur yang tidak dapat dipertemukan dan disatukan................'(halaman 21)


MOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MEMANTAPKAN AMALAN BERAGAMA KITA

Wednesday, December 25, 2013

INSAN CEMERLANG YANG HAKIKI

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Hari demi hari kita ditampilkan melalui media massa dengan golongan remaja/pelajar yang hilang keyakinan diri,tidak bermotivasi dan hilang nilai agama dan budaya bangsa.Kes pembunuhan,kes ragut,kes zina,kes samun,kes dadah,kes buli dan.......






Dalam persekitaran juga kita tidak dapat sekadar menutup mata melihatkan aksi mereka yang menjejaskan nama baik agama,bangsa dan negara.Yang nyata inilah pewaris negara.

Menurut bijak pandai...jika kita ingin melihat negara kita pada masa akan datang maka lihatlah pemudanya pada masa sekarang.Bayangkan bagaimana nasib negara kita pada masa akan datang jika pewaris kita dibiarkan terus lesu dan gagal terus menghadapi cabaran hidup.

Peranan semua pihak,pemerintah,institusi keluarga,golongan pendidik amat penting bagi menggembeling tenaga ke arah modal insan yang cemerlang bukan hanya dalam aspek akademik(IQ) tetapi juga dalam aspek spiritual(SQ)......jangan lupa pentingnya peranan ilmu agama sebagai tonggak kecemerlangan yang hakiki kepada insan muslim.


pupuklah nilai agama sepanjang hayat agar kita terus mendapat taufik daripada NYA

Tuesday, December 24, 2013

HIKMAH BANJIR KUANTAN DIS 2013

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ






Sebagai manusia biasa terasa juga kasihan bila mengenang kembali bagaimana nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di  sekitar Kuantan pada awal Disember yang lalu.Sebahagian besar bumi Kuantan telah ditenggelami air yang memusnahkan harta benda yang tidak terkira nilainya.

Ketika kejadian dapat diperhatikan banyak kumpulan sukarelawan dan individu yang bertungkus-lumus membantu mangsa.Bantuan sama ada dari aspek kemudahan pengangkutan dan keperluan harian seperti makanan,minuman air bersih,pakaian,lampin bayi,tikar,selimut dan sebagainya.

Syukur masyarakat kita sememangnya masyarakat yang prihatin kerana berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan.Masjid Al Bukhori Nurul Aman menjadi one stop center sebagai tempat pengumpulan barangan sumbangan disamping lokasi pusat gerakan sukarelawan terutama dari luar Pahang seperti Serdang,Subang dan lain-lain.

Kagum aku melihat kesungguhan mereka yang datang terutama dari luar Pahang untuk berbakti kepada mangsa tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik.Semangat sukarelawan dan memberi bantuan keperluan tidak dapat dinafikan.Mungkin selama ini disaat tidak ditimpa musibbah kita alpa tentang semangat persaudaraan terutama dikalangan saudara Islam.





Dalam tinjauan aku ketika melalui kawasan perumahan yang paling teruk terjejas iaitu di Sungai Isap seminggu selepas kejadian, didapati timbunan peralatan rumah yang rosak dan sampah sahaja mencapai ketinggian bangunan 4 tingkat dan seluas 2 padang bola.Bayangkanlah kerugian mereka.

Moga semuanya akan menjadi detik penting untuk melahirkan kita sebagai insan yang saling memerlukan,menyayangi,sentiasa bersabar,menghargai,mendoakan........


hendaknya susah senang kita sentiasa ingat kepada Allah yang menguasai apa yang di langit dan bumi.

Saturday, November 16, 2013

ISTIGHFAR PENYEMBUH DERITA JIWA

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ




Gelora hidup ada kala amat menakutkan.Ia memukul kita dari sudut yang diduga dan tidak diduga.Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata-mata,kita akan terkorban dan tidak akan berdaya.ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan ALLAH (halaman 16)

Memeperbanyakkan istighfar adalah penawar hidup.Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar.(halaman 18)

Marilah kita banyakkan istighfar kerana ia adalah penawar.Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba.Ia membawa kunia Allah.Maka datanglah rezeki,kebahgiaan dan pertolongan. (halaman 19)

-Prof Madya MAZA (petikan drp buku 'penawar duka pengubat sengsara')

*sesungguhnya usaha kita menghadapi ujian drp Allah bergantung kpd kasih sayang Nya terhadap kita yang merupakan hamba Nya dan ingatlah bahawa kepada Nya kita akan kembali

sekadar renungan itu dihayati bersama agar hidup kita dilimpahi nur Islam

Tuesday, October 15, 2013

HIKMAH IBADAT KORBAN 1434H MABNA: amalan ibadat @ adat?

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

bermula takbir raya seawal 7.30 pagi.....rumah Allah mula dibanjiri oleh segenap masyarakat Islam sekitar Taman Sri Mahkota Aman untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha.....diikuti khutbah yg disampaikan oleh Ustaz Wan....jemaah dapat menghimpun ilmu yg sangat berguna melalui tazkirah yg sememangnya amat berharga......moga hidup kita yg sementara di dunia ini mendapat petunjuk drp Allah azawajalla......dapat meneruskan ibadat berpandukan ilmu yg diwarisi alim ulamak drp Baginda Rasulullah s.a.w.....silaturahim terjalin bila jemaah saling bertemu dan berjabat tangan.....

bertebaranlah umat Islam selepas solat di muka bumi ini.....sekitar 9.35 pagi bermulalah ibadat yg dinanti iaitu penyembelihan haiwan korban.....ada 9 ekor lembu yg disediakan oleh MABNA pada tahun ini.....teringat betapa hebat dan kagumnya kita terhadap sejarah Nabi Allah Ibrahin a.s....seorang Pesuruh Allah yang mendahului Allah dlm segala hal drp segalanya.....pastikan kita mengutip pengajaran drp peristiwa itu.....jangan ibadat jadi sebagai adat semata-mata.....




namun yg menyedihkan dikalangan kita sebagai umat Islam ini adalah tiada kesedaran diri tentang garis panduan agama .....seperti tidak bertudung dan menampakkan rambut yg perang ketika menghadiri ibadat dan terdapat juga percampuran antara lelaki dan wanita dalam pembahagian daging korban utk peserta


sekadar dari kaca mata insan biasa....bak kata para ustaz,biar kita ingat bahawa bersama kita sentiasa ada malaikat yg mencatat setiap amalan.....bukan coretan untuk menidakkan sesiapa tapi agar memberi kebaikan kita bersama insyaallah





Sunday, October 13, 2013

JIRAN OH JIRAN

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ                                     

 Hadis Rasulullah s.a.w

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia
diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran
tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
memuliakan tetamunya.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Kefahaman Hadis :

1) Pergaulan yang baik - menyebarkan kasih sayang antara manusia - mengeratkan lagi ikatan
mahabbah sesama ummat.

2) Menjaga Lidah - berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus -
diam lebih baik.
- perkara kebaikan - bercakap adalah lebih baik.

3) Memuliakan Jiran
i) wasiat mengenai jiran - ayat Quran - hadis (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi menyangka jiran boleh mewarisi)
ii) Larangan menyakiti jiran - hadis- hadis berkaitan.
iii) Ihsan pada jiran - hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.
iv) Martabat jiran :
i) Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga)
- hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
ii) Jiran Muslim - hak jiran dan Islam.
iii) Jiran Bukan Muslim - hak jiran


.4) Memuliakan Tetamu :
- Hukumnya adalah wajib - tempoh tiga hari.
- Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim.
Pengajaran hadis:
Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan
berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.
Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia
akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti
mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.
Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan
hak mereka dan tidak menyakiti mereka.
Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat
menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan
keharmonian sesebuah masyarakat. 

MUHASABAH SESAMA INSAN
JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DRP SEMALAM & HARI ESOK LEBIH BAIK DRP HARI INI 
dalam kehidupan kita berjiran...moga semua diberkati ALLAH s.w.t

Saturday, October 5, 2013

PERBEZAAN CENDERAHATI & CENDERAMATA

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

 
 
Cenderamata adalah pemberian yang berbentuk kekal seperti gambar,cermin,pakaian,buku, pen,jam dan sebagainya

Cenderahati adalah pemberian tidak kekal seperti buah-buah,kuih-muih,duit dan bunga.
 
moga ilmu sekecil ini dapat dikongsi bersama

Saturday, September 21, 2013

PERKARA DLM AGAMA JANGAN DIPERSENDA


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Ingat siapa kita yg cuba nak mempertikaikan suruhan ALLAH s.w.t


JANGAN sekali-kali berkata, “Tak sembahyang pun tak apa, tak tutup aurat pun tak apa asal hati baik. Yang solat dan bertudung pun perangai teruk.” Orang begini telah buat dua kejahatan:

1. Berani menafikan suruhan Allah.

2. Menganggap hati sendiri sudah baik dalam keadaan hatinya masih derhaka pada Allah tidak mahu menurut perintah Allah

Bersamalah kita Bertaubat selagi ada nafas kurniaan Allah...itu tandanya Allah masih sayangkan kita sebagai hambanya 

Saturday, September 14, 2013

PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA(KMPh)

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

2-6  sept 2013

CMad-di bulan kemerdekaan begini sebenarnya para pelajarku masih jauh ketinggalan dari arus kemerdekaan yg sebenarnya.Bagi mereka merdeka hanya satu lafaz tanpa penghayatan.Cabaran sebagai remaja yang bakal mendokong kepimpinan agama bangsa dan negara seperti tidak dapat direalisasikan.Adakah merdeka hanya sekadar countdown...?...sekadar minda kita masih mengikut telunjuk penjajah?....santapan kita hiburan semata-mata tanpa mengira batas agama?

-para pelajarku lebih tahu tentang dunia di mana tempat mereka mampu bersuka ria,menyanyi dan tawa,berpeleseran tanpa melihat diri membawa amanah daripada Allah.Apakah yang mereka merdekakan...jika tema Hari Kemerdekaan ke 56 pun tak tahu,nama YDPA pertama pun tak tahu...apatah lagi jika ditanya MERDEKA YANG HAKIKI SEBAGAI MUSLIM???????...

-Itulah hakikat terbinanya pewaris kepimpinan agama,bangsa dan negara pada masa depan.....Tak taulah di mana akan diletakkan oleh mereka agama yang seharusnya menjadi perjuangan utama.

Moga perjalanan hidup pelajarku akan mendapat petunjuk drp Allah s.w.t

Monday, September 2, 2013

BERKORBAN DEMI UMMAH

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
RM 1 sehari X 360 hari = RM360 = sebahagian korban
sekali setahun je......takkan itu pun nak berkira.....
"Daripada Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat.”.
Riwayat al-Baihaqi - Hadis 
TEPUK DADA,TANYA IMAN....APA SUMBANGAN KITA KEPADA AGAMA?...HITUNGLAH DIRI SENDIRI SEBELUM DIHITUNG OLEH ALLAH DI AKHIRAT KELAK.....


          






Saturday, August 31, 2013

TELADANI KISAH PARA NABI

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
kuliah subuh MABNA - Kitab Minhajul Abidin Jilid 3 (Ustaz shahrulnizam)

1.Nabi Ibrahim rasa bersalah kepada Allah krn atas dasar kasih syg kpd bapanya baginda telah memohon keampunan bagi pihak bapanya walaupun bapanya seorang pembuat berhala

2.Nabi Nuh rasa bersalah kpd Allah krn telah  memohon rahmat Allah untuk anaknya walaupun anaknya menderhakainya

3. Nabi Musa rasa bersalah kerana telah menampar seorang lelaki hingga mati dgn tidak sengaja

kesimpulannya - seorang nabi yang terpelihara drp melakukan dosa hanya dgn kesilapan sbg manusia yg dirasakan begitu menyesali dgn apa yg mereka lakukan kpd Allah....bagaimana dgn kita?..jgn pandang remeh dgn maksiat walaupun sekecil mana kita lakukan

Moga kita semua mendapat petunjuk drp Yang Esa...insyaallah


Wednesday, August 14, 2013

UMAT ISLAM KINI

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

....Negara kita dikejutkan lagi dengan isu-isu penghinaan terhadap ISLAM

Assalamualaikum...moga semua sahabat di dalam rahmat dan keredhaan Allah s.w.t

1.pasangan vivian yang memasukan gambar konon berbuka puasa dgn sup tulang babi ...ada tanda halal lagi

2.seorang jurulatih anjing & jurutera melayu yang menyambut hari raya,makan kuih raya bersama anjing-anjingnya...ada background takbir raya

3.upacara pemujaan agama buddha di sebuah surau resort

Jadilah kita, keluarga kita dan masyarakat Islam seluruhnya umat yang cintakan agama ISLAM....jangan kita hanya menjadikan agama itu sebagai kosmetik.Amalkan ISLAM secara keseluruhannya dalam semua aspek kehidupan kita.Moga kita dijauhi drp fitnah dunia....


Berjayalah hendaknya kita di dunia dan di akhirat...insyaallah

Thursday, August 8, 2013

SALAM AIDILFITRI 1434h

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


SALAM AIDILFITRI....
Add caption

Semoga setiap ibadat kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah s.w.t dan jadikan ibadat kita itu sebagai rutin kita di bulan-bulan mendatang.Berusaha untuk sentiasa muhasabah diri dan istiqomah terutama ketika menghadapi cabaran Syawal yang banyak menggamit kita dengan perkara yang melanggar perintah Allah s.w.t.Akhirnya jadilah kita insan yang berusaha menjadi seorang yang bertaqwa kerana itulah sebaik-baik bekalan kita untuk menghadap Allah s.w.t kelak.