بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Dari kecil sebenarnya aku sukar untuk mendekati dan menyayangi makhluk tuhan yang dinamakan kucing.Walaupun kini persekitaran hidupku terutama di lorong belakang rumahku sentiasa terdapat puluhan ekor kucing yang merayau setiap hari untuk mendapatkan makanan.Mereka akan berlari apabila mana-mana si tuan rumah membuka pintu dapur untuk mendapat ehsan walaupun sekadar sisa-sisa makanan.Namun aku sekadar menjadi penonton melihat telatah mereka.
Persepsiku terhadap makhluk tuhan ini berubah bila aku agak tersentuh bila mendengar kisah seorang seorang wanita dan keluarga yang amat cintakan haiwan.Aktiviti santai keluar rumah mereka sentiasa disertai dengan bekalan makanan kering untuk si kucing yang mereka jumpa di jalanan.Begitu murni hati mereka.Kalau aku...hanya sekadar melihat haiwan itu merayau tanpa tujuan tanpa rasa belas.
Sejak hari itu aku muhassabah diri.Wang di dalam saku ini bukanlah hak mutlak kita.Mungkin ada hak anak-anak dan ahli keluarga,mungkin ada hak jiran tetangga,mungkin ada hak saudara seagama.mungkin ada hak insan bernama manusia,mungkin ada hak rumah Allah untuk kehidupan beragama,mungkin juga ada hak si kucing makhluk tuhan yang istimewa.
Mereka juga ingin hidup sempurna sebagaimana hidup kita.Sekurang-kurang aku dan keluarga gembira kerana dapat berbakti sesama makhluk yang diciptakan Allah.
Marilah kita bersama-sama menyayangi mereka.Insyaallah ada hikmah di sebaliknya.
No comments:
Post a Comment