Sunday, December 29, 2013

JUMAAT: 1994 & 2014

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Jumaat mengingatkan aku titah Tuanku Sultan Johor yang mewartakan bermula 2014 Negeri Johor akan menjalankan cuti hujung minggu pada hari Jumaat.Sememangnya 20 tahun yang lalu Johor mengamalkan cuti hujung minggu pada hari Jumaat.Namun dasar itu telah diubah pada tahun 1994.



Noltalgia 1994 itu masih segar diingatan kerana ketika itu aku masih mengikuti pengajian perguruan di Johor Bahru.Demonstrasi secara aman diadakan oleh pelatih guru ketika itu menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri.Jumlah negeri yang bercuti pada hari Jumaat semakin berkurangan di negara kita sedangkan majoriti masyarakat di setiap negeri adalah beragama Islam.


Sebagai orang Islam kita gagal memperjuangkannya.Pada hematku kelebihan bercuti pada hari Jumaat sememangnya tidak dapat dinafikan kerana di dalam terdapat seribu manafaat untuk agama,bangsa,negara.Terutama kelebihan itu ketika menghadiri solat  fardhu Jumaat.Inilah ruang yang boleh diguna melalui khutbah untuk mengingati masyarakat Islam berkaitan perkara-perkara dalam agama.Dengan bercuti pada hari Jumaat,maka setiap jemaah lebih segar untuk mengikuti dan memahami kuliah yang disampaikan dan bukan tidur di rumah Allah akibat keletihan bekerja dari pagi.




Kehidupan beragama amat penting.Melalui peringatan terutama bagi mereka yang hanya mendengar seminggu sekali tentang tanggungjawab kita sebagai muslim,tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga,tanggungjawab kita sebagai rakyat.Semoga melalui peringatan tersebut kita akan sentiasa berwaspada dalam semua aspek kehidupan sama ada dari segi ibadah,muamalah,munakahat,ekonomi,politik,undang-undang dan apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini,mestilah berlandaskan kepada syariat Islam. 


YA ALLAH... TUNJUKKANLAH  KAMI JALAN YANG LURUS SELAGI KAMI HIDUP DI DUNIA INI.

No comments:

Post a Comment