Monday, December 30, 2013

NAIK NAIK NAIK

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Cabaran hidup kita sekarang begitu menghimpit sekali.Tidak dapat dinafikan hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan dan tahun demi tahun semua harga barangan keperluan di pasaran naik berterusan.Rasanya setahu aku memang tidak pernah berlakunya penurunan.Belanja bagi menguruskan seisi keluarga memang agak memeritkan terutama sekali jika tidak beringat atau tidak jimat berbelanja.

Namun semampu manakah kita boleh berjimat dengan keadaan sebegini rupa.Mahu tak mahu hidup perlu diteruskan walaupun nilai wang semakin mengecil.Sememangnya kita yang hidup makan gaji hanya setiap bulan menjadi pengurus wang.Bayar itu bayar ini.Apa yang mampu dibeli dengan RM50.Mungkin sekadar untuk sekali berbelanja ke pasar malam. 

Makin menjerat lagi apabila segala keperluan utiliti juga turut bersedia untuk meningkat.Tiadakah cara lain selain daripada meningkatkan harga petrol,gula,tarif elektrik,kadar tol?Pada siapa rakyat jelata hendak mengadu jika bukan kepada pemerintah.

Hanya jangan membandingkan kehidupan kami rakyat dengan kehidupan pemimpin.Mungkin pemimpin atau kumpulan atasan yang kaya tidak akan merasa tekanan akibat kenaikan harga barangan.Tapi bagi kami golongan sederhana dan bawahan nilai RM50 cukup bererti kerana banyak keperluan yang boleh dan terpaksa dilunaskan dengan nilai tersebut.Mungkin bagi pemimpin nilai RM100 seperti lekat di celah gigi saja.

Jangan dizalimi lagi masyarakat dengan bebanan yang melampau.Fikir-fikirkan supaya apa saja yang dilakukan mampu memberi manafaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum.

Ingat lagi 18 tahun lalu belanja dapur RM250 lengkap serba serbi.Kini nilainya jadi RM800.Membeli benda yang sama tapi nilainya meningkat lebih 200%. 
Selepas ni...............................?????????


Ya Allah ....kami bermohon kepadamu agar kami mampu menghadapi segala ujian dunia ini dan Engkau bukakanlah minda insan-insan ini supaya lebih berfikiran waras dalam tindak tanduk mereka supaya tidak terus menzalimi  diri kami

No comments:

Post a Comment