Tuesday, December 24, 2013

HIKMAH BANJIR KUANTAN DIS 2013

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ






Sebagai manusia biasa terasa juga kasihan bila mengenang kembali bagaimana nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di  sekitar Kuantan pada awal Disember yang lalu.Sebahagian besar bumi Kuantan telah ditenggelami air yang memusnahkan harta benda yang tidak terkira nilainya.

Ketika kejadian dapat diperhatikan banyak kumpulan sukarelawan dan individu yang bertungkus-lumus membantu mangsa.Bantuan sama ada dari aspek kemudahan pengangkutan dan keperluan harian seperti makanan,minuman air bersih,pakaian,lampin bayi,tikar,selimut dan sebagainya.

Syukur masyarakat kita sememangnya masyarakat yang prihatin kerana berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan.Masjid Al Bukhori Nurul Aman menjadi one stop center sebagai tempat pengumpulan barangan sumbangan disamping lokasi pusat gerakan sukarelawan terutama dari luar Pahang seperti Serdang,Subang dan lain-lain.

Kagum aku melihat kesungguhan mereka yang datang terutama dari luar Pahang untuk berbakti kepada mangsa tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik.Semangat sukarelawan dan memberi bantuan keperluan tidak dapat dinafikan.Mungkin selama ini disaat tidak ditimpa musibbah kita alpa tentang semangat persaudaraan terutama dikalangan saudara Islam.





Dalam tinjauan aku ketika melalui kawasan perumahan yang paling teruk terjejas iaitu di Sungai Isap seminggu selepas kejadian, didapati timbunan peralatan rumah yang rosak dan sampah sahaja mencapai ketinggian bangunan 4 tingkat dan seluas 2 padang bola.Bayangkanlah kerugian mereka.

Moga semuanya akan menjadi detik penting untuk melahirkan kita sebagai insan yang saling memerlukan,menyayangi,sentiasa bersabar,menghargai,mendoakan........


hendaknya susah senang kita sentiasa ingat kepada Allah yang menguasai apa yang di langit dan bumi.

No comments:

Post a Comment