Tuesday, December 31, 2013

SAYANGI HAIWAN

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Dari kecil sebenarnya aku sukar untuk mendekati dan menyayangi makhluk tuhan yang dinamakan kucing.Walaupun kini persekitaran hidupku terutama di lorong belakang rumahku sentiasa terdapat puluhan ekor kucing yang merayau setiap hari untuk mendapatkan makanan.Mereka akan berlari apabila mana-mana si tuan rumah membuka pintu dapur untuk mendapat ehsan walaupun sekadar sisa-sisa makanan.Namun aku sekadar menjadi penonton melihat telatah mereka.

Persepsiku terhadap makhluk tuhan ini berubah bila aku agak tersentuh bila mendengar kisah seorang seorang wanita dan keluarga yang amat cintakan haiwan.Aktiviti santai keluar rumah mereka sentiasa disertai dengan bekalan makanan kering untuk si kucing yang mereka jumpa di jalanan.Begitu murni hati mereka.Kalau aku...hanya sekadar melihat haiwan itu merayau tanpa tujuan tanpa rasa belas.

Sejak hari itu aku muhassabah diri.Wang di dalam saku ini bukanlah hak mutlak kita.Mungkin ada hak anak-anak dan ahli keluarga,mungkin ada hak jiran tetangga,mungkin ada hak saudara seagama.mungkin ada hak insan bernama manusia,mungkin ada hak rumah Allah untuk kehidupan beragama,mungkin juga ada hak si kucing makhluk tuhan yang istimewa.

Mereka juga ingin hidup sempurna sebagaimana hidup kita.Sekurang-kurang aku  dan keluarga gembira kerana dapat berbakti sesama makhluk yang diciptakan Allah.





Marilah kita bersama-sama menyayangi mereka.Insyaallah ada hikmah di sebaliknya.



Monday, December 30, 2013

NAIK NAIK NAIK

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Cabaran hidup kita sekarang begitu menghimpit sekali.Tidak dapat dinafikan hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan dan tahun demi tahun semua harga barangan keperluan di pasaran naik berterusan.Rasanya setahu aku memang tidak pernah berlakunya penurunan.Belanja bagi menguruskan seisi keluarga memang agak memeritkan terutama sekali jika tidak beringat atau tidak jimat berbelanja.

Namun semampu manakah kita boleh berjimat dengan keadaan sebegini rupa.Mahu tak mahu hidup perlu diteruskan walaupun nilai wang semakin mengecil.Sememangnya kita yang hidup makan gaji hanya setiap bulan menjadi pengurus wang.Bayar itu bayar ini.Apa yang mampu dibeli dengan RM50.Mungkin sekadar untuk sekali berbelanja ke pasar malam. 

Makin menjerat lagi apabila segala keperluan utiliti juga turut bersedia untuk meningkat.Tiadakah cara lain selain daripada meningkatkan harga petrol,gula,tarif elektrik,kadar tol?Pada siapa rakyat jelata hendak mengadu jika bukan kepada pemerintah.

Hanya jangan membandingkan kehidupan kami rakyat dengan kehidupan pemimpin.Mungkin pemimpin atau kumpulan atasan yang kaya tidak akan merasa tekanan akibat kenaikan harga barangan.Tapi bagi kami golongan sederhana dan bawahan nilai RM50 cukup bererti kerana banyak keperluan yang boleh dan terpaksa dilunaskan dengan nilai tersebut.Mungkin bagi pemimpin nilai RM100 seperti lekat di celah gigi saja.

Jangan dizalimi lagi masyarakat dengan bebanan yang melampau.Fikir-fikirkan supaya apa saja yang dilakukan mampu memberi manafaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum.

Ingat lagi 18 tahun lalu belanja dapur RM250 lengkap serba serbi.Kini nilainya jadi RM800.Membeli benda yang sama tapi nilainya meningkat lebih 200%. 
Selepas ni...............................?????????


Ya Allah ....kami bermohon kepadamu agar kami mampu menghadapi segala ujian dunia ini dan Engkau bukakanlah minda insan-insan ini supaya lebih berfikiran waras dalam tindak tanduk mereka supaya tidak terus menzalimi  diri kami

Sunday, December 29, 2013

JUMAAT: 1994 & 2014

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Jumaat mengingatkan aku titah Tuanku Sultan Johor yang mewartakan bermula 2014 Negeri Johor akan menjalankan cuti hujung minggu pada hari Jumaat.Sememangnya 20 tahun yang lalu Johor mengamalkan cuti hujung minggu pada hari Jumaat.Namun dasar itu telah diubah pada tahun 1994.



Noltalgia 1994 itu masih segar diingatan kerana ketika itu aku masih mengikuti pengajian perguruan di Johor Bahru.Demonstrasi secara aman diadakan oleh pelatih guru ketika itu menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri.Jumlah negeri yang bercuti pada hari Jumaat semakin berkurangan di negara kita sedangkan majoriti masyarakat di setiap negeri adalah beragama Islam.


Sebagai orang Islam kita gagal memperjuangkannya.Pada hematku kelebihan bercuti pada hari Jumaat sememangnya tidak dapat dinafikan kerana di dalam terdapat seribu manafaat untuk agama,bangsa,negara.Terutama kelebihan itu ketika menghadiri solat  fardhu Jumaat.Inilah ruang yang boleh diguna melalui khutbah untuk mengingati masyarakat Islam berkaitan perkara-perkara dalam agama.Dengan bercuti pada hari Jumaat,maka setiap jemaah lebih segar untuk mengikuti dan memahami kuliah yang disampaikan dan bukan tidur di rumah Allah akibat keletihan bekerja dari pagi.




Kehidupan beragama amat penting.Melalui peringatan terutama bagi mereka yang hanya mendengar seminggu sekali tentang tanggungjawab kita sebagai muslim,tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga,tanggungjawab kita sebagai rakyat.Semoga melalui peringatan tersebut kita akan sentiasa berwaspada dalam semua aspek kehidupan sama ada dari segi ibadah,muamalah,munakahat,ekonomi,politik,undang-undang dan apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini,mestilah berlandaskan kepada syariat Islam. 


YA ALLAH... TUNJUKKANLAH  KAMI JALAN YANG LURUS SELAGI KAMI HIDUP DI DUNIA INI.

Thursday, December 26, 2013

ISLAM DAN KENEGARAAN tidak terpisah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang merupakan seorang ulamak terkenal dan berpengaruh dalam dunia Islam disamping pernah diiktiraf oleh Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah di dalam buku beliau bertajuk FIQH KENEGARAAN' - 2009 :

Penjajahan Barat yang pernah memerintah negara-negara Islam telah berjaya menanamkan satu kepercayaan karut dalam minda dan jiwa para penduduknya.Ringkasan daripada kepercayaan karut itu ialah:Islam hanyalah agama dan bukan negara.(halaman 1)

Islam mulai dijauhkan sedikit demi sedikit daripada undang-undang syariat jenayah,peraturan perbandaran dan yang sejenisnya.Sehingga lama-kelamaan Islam hanya tertumpu pada urusan-urusan peribadi seperti nikah,talak,fardhu 'ain dan sebagainya.Mereka juga menjauhkan pengaruh Islam pada hampir setiap segi kehidupan sama ada dari segi budaya,segi pendidikan dan sosial.Dan sebaliknya mereka membuka peluang selebar-lebarnya kepada tunjuk ajar,budaya dan tradisi barat dalam perkara-perkara tersebut.(halaman 2)

Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al Quran dan as-Sunnah dan dikenal baik oleh umatnya dahulu dan sekarang ialah Islam yang sempurna dan tidak menerima sebarang pembahagian dalam pedoman dan ajarannya.Itulah Islam dengan dimensi rohani,moral,pemikiran,pendidikan,jihad,sosial,ekonomi dan politiknya.(halaman 20)

Kita patut mendengar ulasan Imam Hasan al-Banna mengenai hubungan antara agama dan politik:

'Jarang sekali kita temukan orang yang berbicara mengenai politik dan Islam.Kalaupun ada biasanya dia akan memisahkan di antara kedua-dua unsur tersebut.Dia akan meletakkan kedua-dua unsur tersebut dalam dua konsep yang berasingan.Dengan demikian orang ramai beranggapan bahawa kedua-duanya merupakan dua unsur yang tidak dapat dipertemukan dan disatukan................'(halaman 21)


MOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MEMANTAPKAN AMALAN BERAGAMA KITA

Wednesday, December 25, 2013

INSAN CEMERLANG YANG HAKIKI

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Hari demi hari kita ditampilkan melalui media massa dengan golongan remaja/pelajar yang hilang keyakinan diri,tidak bermotivasi dan hilang nilai agama dan budaya bangsa.Kes pembunuhan,kes ragut,kes zina,kes samun,kes dadah,kes buli dan.......






Dalam persekitaran juga kita tidak dapat sekadar menutup mata melihatkan aksi mereka yang menjejaskan nama baik agama,bangsa dan negara.Yang nyata inilah pewaris negara.

Menurut bijak pandai...jika kita ingin melihat negara kita pada masa akan datang maka lihatlah pemudanya pada masa sekarang.Bayangkan bagaimana nasib negara kita pada masa akan datang jika pewaris kita dibiarkan terus lesu dan gagal terus menghadapi cabaran hidup.

Peranan semua pihak,pemerintah,institusi keluarga,golongan pendidik amat penting bagi menggembeling tenaga ke arah modal insan yang cemerlang bukan hanya dalam aspek akademik(IQ) tetapi juga dalam aspek spiritual(SQ)......jangan lupa pentingnya peranan ilmu agama sebagai tonggak kecemerlangan yang hakiki kepada insan muslim.


pupuklah nilai agama sepanjang hayat agar kita terus mendapat taufik daripada NYA

Tuesday, December 24, 2013

HIKMAH BANJIR KUANTAN DIS 2013

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ






Sebagai manusia biasa terasa juga kasihan bila mengenang kembali bagaimana nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di  sekitar Kuantan pada awal Disember yang lalu.Sebahagian besar bumi Kuantan telah ditenggelami air yang memusnahkan harta benda yang tidak terkira nilainya.

Ketika kejadian dapat diperhatikan banyak kumpulan sukarelawan dan individu yang bertungkus-lumus membantu mangsa.Bantuan sama ada dari aspek kemudahan pengangkutan dan keperluan harian seperti makanan,minuman air bersih,pakaian,lampin bayi,tikar,selimut dan sebagainya.

Syukur masyarakat kita sememangnya masyarakat yang prihatin kerana berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan.Masjid Al Bukhori Nurul Aman menjadi one stop center sebagai tempat pengumpulan barangan sumbangan disamping lokasi pusat gerakan sukarelawan terutama dari luar Pahang seperti Serdang,Subang dan lain-lain.

Kagum aku melihat kesungguhan mereka yang datang terutama dari luar Pahang untuk berbakti kepada mangsa tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik.Semangat sukarelawan dan memberi bantuan keperluan tidak dapat dinafikan.Mungkin selama ini disaat tidak ditimpa musibbah kita alpa tentang semangat persaudaraan terutama dikalangan saudara Islam.





Dalam tinjauan aku ketika melalui kawasan perumahan yang paling teruk terjejas iaitu di Sungai Isap seminggu selepas kejadian, didapati timbunan peralatan rumah yang rosak dan sampah sahaja mencapai ketinggian bangunan 4 tingkat dan seluas 2 padang bola.Bayangkanlah kerugian mereka.

Moga semuanya akan menjadi detik penting untuk melahirkan kita sebagai insan yang saling memerlukan,menyayangi,sentiasa bersabar,menghargai,mendoakan........


hendaknya susah senang kita sentiasa ingat kepada Allah yang menguasai apa yang di langit dan bumi.